• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

3 juta rakyat Malaysia masih berdegil, 7,500 anggota ATM turun padang

  • OLEH Ghazali Alias
  • 5:56 pm
  • 23/03/2020
  • Komen
3 juta rakyat Malaysia masih berdegil, 7,500 anggota ATM turun padang
Share on FacebookShare on Twitter

Kira-kita 3 juta rakyat Malaysia mewakili 10 peratus dari jumlah rakyat di negara ini dikesan gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sehingga 31 Mac 2020.

Hal ini didedahkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi kenyataan media bertarikh 23 Mac 2020 yang melihat angka berkenaan sebagai jumlah yang besar dan perlu dibendung.



Berdasarkan kenyataan itu lagi, seramai 7,500 anggota ATM telah ditugaskan untuk membantu PDRM.  Anggota-anggota ATM dipecahkan ke 405 lokasi Sekatan Jalan Raya dan 272 lokasi rondaan MPV (Mobile Patrol Vehicle) di seluruh negara.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempertikaian sejauh mana peranan yang dibawa oleh ATM. Seperti yang dinyatakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ATM ditugaskan untuk membantu PDRM dalam mengadakan rondaan, sekatan jalanraya, mengawal hospital dan sempadan, kawasan luar bandar dan kawasan-kawasan awam yang berisiko tinggi



“ATM juga bersetuju untuk penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan ini diberi tumpuan lebih kepada kawasan-kawasan yang berisiko tinggi seperti lokasi pasar dan pasar raya. Sehingga kini, pengguna didapati masih bersesak dan tidak mengamalkan penjarakan sosial.”

ATM meminta supaya orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan sebarang berita tular melibatkan informasi gambar, video atau rakaman suara yang menunjukkan aturgerak ATM pada skala besar mahupun perlakuan tidak munasabah. Ini berikutan ia boleh mencetuskan kebimbangan serta panik berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Penglibatan ATM harus dilihat sebagai satu pendekatan serius kerajaan dalam usaha memerangi penularan wabak COVID-19. Pada 18 Mac 2020, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin telah meminta supaya orang ramai duduk di rumah. Kemudian pada 20 Mac 2020, Yang DiPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah juga menitahkan perkara yang sama tetapi ada segelintir yang masih berdegil. Kini ATM sudah turun padang, masihkan anda mahu ingkar?

Sumber: Angkatan Tentera Malaysia

Tags: ATMCOVID-19
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

3 juta rakyat Malaysia masih berdegil, 7,500 anggota ATM turun padang

3 juta rakyat Malaysia masih berdegil, 7,500 anggota ATM turun padang

23 March 2020
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN