Diskaun 2% Ke atas Bil Elektrik Pengguna Domestik Malaysia Sehingga September 2020

Untuk mengurangkan impak COVID-19 terhadap ekonomi rakyat, kerajaan Malaysia telah mengumumkan diskaun akan diberikan ke atas bil utiliti elektrik anda bermula April 2020 hingga September 2020. Diskaun 2 peratus ini akan melibatkan semua pengguna domestik di seluruh negara, termasuklah Sabah & Serawak.

Untuk tujuan tersebut, kerajaan akan membelanjakan RM662 juta sepanjang tempoh diskaun tersebut untuk membayai kos yang ditanggung penyedia utiliti. Untuk pelanggan TNB, dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) akan digunakan manakala pelanggan SESB dan Serawak Energy, Kerajaan Persekutuan akan menanggung kos tersebut.

Selain rebat 2% ini, pengguna domestik juga kini sedang nikmati rebat sedia ada 6% sehingga Jun 2020 ini kerana dikecualikan daripada surcaj Imbalance Cost Pass-Thourgh (ICPT).

Dalam hal yang berkaitan, TNB juga mengumumkan langkah pembendungan COVID-19 yang mereka ambil iaitu:

  1. Pelanggan yang ada kitar bil antara 20 hingga 31 Mac 2020, bil anda akan sama seperti bil bulan sebelumnya. Misalnya, jika bil bulan lepas RM100, bil bulan Mac 2020 juga akan jadi RM100.
  2. Bil akan diselaraskan selepas pembaca meter dibenarkan untuk ke premis anda lakukan bacaan. (bergantung pada keadaan semasa).
  3. Tiada bil fizikal akan diedarkan antara 20 hingga 31 Mac 2020. Anda disyorkan dapatkan salinan digital di www.mytnb.com.my ataupun APP MyTNB (Android & iOS).

Su,ber: Astro Awani