Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Harga Rasmi Samsung Galaxy Buds Turun RM150

Galaxy Buds adalah antara TWS terbaik pernah dihasilkan Samsung. Bukan saja miliki hayat bateri yang lebih panjang berbanding generasi sebelumnya, malah ini adalah antara TWS pertama yang menyokong Bluetooth 5.0.

Berita baik, sekiranya anda berminat untuk dapatkan seunit TWS ini, anda boleh dapatkan pada harga yang lebih murah daripada harga pelancaran kerana Samsung telah mengemas kini harga rasmi Galaxy Buds. Ia menerima potongan RM150 dan kini boleh didapati pada harga RM349.

Untuk spesifikasi, Galaxy Buds mampu berikan anda waktu guna sehingga 6 jam lamanya dan ia boleh dipanjangkan sebanyak 7 jam lagi dengan bantuan bateri yang terkandung dalam bekas penyimpanannya.

Ada dua cara boleh digunakan untuk mengecas bateri bekas penyimpananya. Selain USB-C, anda boleh gunakan pengecas wayarles contohnya menggunakan fungsi Reverse Wireless Charging yang ada pada Galaxy S20 yang terbaru.

Galaxy Buds ada model yang lebih baru iaitu Buds+. Ia janjikan beberapa penambahbaikan seperti bateri yang tahan lebih lama.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

BACA  Lenovo Legion Phone Duel bawakan rekaan segar dalam telefon 2020