Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Netflix dan beberapa penyedia servis lain dikesan turunkan kualiti penstriman video

Dalam waktu sesak ini, semua pihak terpaksa mengambil langkah yang ekstrem bagi kelangsungan hidup. Penyedia perkhidmatan penstiman video tidak terkecuali. Netflix dan YouTube adalah antara yang terawal dikesan menurunkan kualiti strim video mereka.

YouTube umumkan pengguna di Eropah hanya boleh tonton video SD

YouTube hanya menyediakan strim pada kualiti Standard untuk sebulan akan datang manakala Netflix menurunkan bitrate untuk menurunkan trafik platform itu pada tahap 25%.

Langkah tersebut diambil bagi mengurangkan kesesakan rangkaian Internet, lebih-lebih lagi semakin banyak negara yang menguatkuasakan perintah kuarantin kepada rakyatnya. Ia menyebabkan permintaan terhadap strim meningkat luar biasa yang seterusnya menyebabkan rangkaiain Internet “tersumbat”.

Netflix turunkan bitrate video untuk kurangkan kesesakan rangkaian

Jangan risau, perkara ini hanya beri kesan pada pengguna yang berada dalam benua Eropah saja setakat ini. Contohnya negara Itali menyaksikan peningkatan 75% dalam trafik Internet yang sebahagian besarnya disumbang oleh permainan online seperti Fortnite dan Call of Duty.

Dalam hal yang berkaitan, Apple TV+ turut dikesan menurunkan bitrate strim mereka kerana ada pengguna yang perasan kualiti video yang agak pixelated berbanding biasa. Sungguhpun begitu, Apple masih belum keluarkan kenyataan rasmis tentangnya. Selain Apple, Disney dan Amazon juga dilapor mengambil langkah yang sama.

Facebook dan Instagram antara platform sosial awal turunkan kualiti strim

Selain servis penstirman, ada juga platform sosial yang mengambil langkah serupa. Facebook dan Instagram adalah antara pihak yang mengurangkan bitrate video supaya jalur boleh digunakan pengguna berkomunikasi antara satu sama lain terutamanya bertanya khabar.

Sumber: 9to5Mac, Edgadget, TechRadar, 2

BACA  Qualcomm Quick Charge 5 boleh cas 50% bateri dalam masa 5 minit