• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Black Shark FunCooler Pro, perkakas wajib peminat gaming

  • OLEH Ghazali Alias
  • 4:43 pm
  • 24/03/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas mengumumkan telefon gaming untuk generasi ketiga, Black Shark 3 dan Black Shark 3 Pro,  Black Shark memperkenalkan aksesori penyejuk untuk telefon pintar, FunCooler Pro.

Merupakan pelengkap terutama kepada peranti gaming, FunCooler Pro bukan sahaja sesuai menjadi aksesori penyejuk untuk Black Shark 3 dan Black Shark 3 Pro tetapi juga buat peranti lain dengan lebar antara 67 mm hingga 88 mm.



Ia juga didatangkan dengan aplikasi khusus  yang boleh dimuat turun oleh telefon Android dan iOS. Menerusi aplikasi berkenaan pengguna boleh memilih dua mod untuk menyejukkan telefon iaitu mod Freeze dan mode Blizzard. Pengguna juga boleh melaraskan efek warna RGB yang akan menyala semasa ia beroperasi. Aplikasi ini turut memaparkan kadar suhu semasa peranti.

Berbicara soal rekaan dalaman, FunCooler Pro bukan aksesori penyejuk biasa. Ia dihasilkan dengan teknologi Thermoelectric Cooling (TEC) yang menggunakan sistem Peltier Effect seperti di peti sejuk. Jadi ia dapat menurunkan suhu peranti secara mendadak seperti berada di dalam bilik berhawa dingin.



Rekaannya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu zon panas dan zon sejuk. Ia mempunyai kipas tujuh bilah dan boleh berputar dengan kelajuan 6,200 rpm. FunCooler Pro juga menaiktaraf saluran pengudaraan yang membolehkan ia mengurangkan hingar sehingga kadar 34dB pada kelajuan penuh.

Berdasarkan kenyataan dari Black Shark, keupayaan penyejukan FunCooler Pro telah diuji menerusi dua ujian makmal. Dalam satu kes spesifik, ketika pengguna sedang bermain permainan video PUBG, aksesori ini dapat menurunkan suhu panel belakang daripada 45 darjah kepada 16 darjah dalam masa 15 minit.

Soal harga pula, FunCooler Pro ditawarkan pada harga RM199. Ia hanya boleh didapati secara eksklusif di laman web beli belah, Shoppee bermula 24 Mac 2020. Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh melayari kedai rasmi Black Shark di laman web Shopee.

Walaupun FunCooler Pro berupaya kurangkan hingar, bunyi kipasnya akan tetap kedengaran. Jika anda memerlukan aksesori dengan keupayaan penyejukan macam peti ais ini, kena bersabar dengan bunyi kipasnya yang bising. Kalau nak selesa main game, pakailah fon kepala.

Tags: black sharkBlack shark funcooler pro
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Black Shark FunCooler Pro, perkakas wajib peminat gaming

24 March 2020
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN