• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 14 April

  • OLEH Najib
  • 1:56 pm
  • 25/03/2020
  • Komen
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 14 April
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin muncul dalam perutusan khas pada jam 1 petang tadi mengumumkan, akan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini kepada 14 hari lagi, dari 31 Mac kepada 14 April 2020. Makluman ini diberitahu hari ini supaya orang ramai boleh membuat persediaan lebih awal.

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April 2020. – YAB PM, Tan Sri @MuhyiddinYassin

— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) March 25, 2020

Kerajaan melihat penularan wabak COVID-19 masih belum dapat dibendung. Penting untuk penularan ini dihentikan dengan cara memutuskan rantaian jangkitan sepenuhnya. Pergerakan orang ramai mesti terus dikawal. Strategi kerajaan ialah untuk mencari, menyaring, mengasing dan merawat pesakit COVID-19. Strategi ini akan berjaya sekiranya orang ramai tidak terdedah kepada jangkitan virus ini menerusi pergaulan harian.



Kementerian Kesihatan akan meningkatkan kapasiti untuk melakukan ujian saringan pada skala yang lebih besar. Ini termasuk melakukan mass testing khususnya di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi.

Kementerian Kesihatan telah melakukan persiapan. Ini termasuk menyediakan 3,585 katil di 34 buah hospital di seluruh negara untuk menerima pesakit-pesakit COVID 19. Pada masa ini 34% daripada kapasiti katil hospital telah digunakan, dengan baki sebanyak 66% lagi yang masih boleh menampung pesakit. Kapasiti untuk melakukan ujian saringan pada skala yang lebih besar juga ditingkatkan. Ini termasuk melakukan mass testing khususnya di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi.



Pada masa ini 34% daripada kapasiti katil hospital telah digunakan, dengan baki sebanyak 66% lagi yang masih boleh menampung pesakit.

Jika berlaku pertambahan jumlah kes positif COVID 19 melebihi
kapasiti yang ada di hospital, beberapa tempat telah

— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) March 25, 2020

Di negara kita, daripada kes pertama jangkitan COVID-19 dikesan, sehingga jam 12 tengahari ini jumlah kes positif telah meningkat kepada 1,796 kes, iaitu penambahan 172 kes baharu pada hari ini. Tujuh hari yang lalu, jumlah keseluruhan kes COVID-19 ialah 673 kes. Ini bermakna, kes positif COVID 19 telah meningkat lebih sekali ganda dalam tempoh hanya satu minggu.

Rakyat Malaysia, marilah bersama-sama kita hentikan penularan wabak COVID-19 ke sifar. China dan Korea Selatan telah menunjukkan ia boleh dilakukan tetapi dengan menghentikan pergerakan rakyat agar ia tidak merebak. Tidak bermakna tidak boleh keluar tetapi pastikan ia perkara penting sahaja seperti membeli makanan dan ubatan. Kekalkan jarak dengan orang lain dan sentiasa menjaga kebersihan diri.

Bersama-sama kita jadikan Malaysia negara yang lebih untuk didiami anak cucu kita di masa akan datang.

Tags: COVID-19Perintah Kawalan Pergerakan
Najib

Najib

POPULAR

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

5 July 2025
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 14 April

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 14 April

25 March 2020
Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

27 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER