Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Stok topeng muka bertambah, Shopee pastikan jualan tidak melebihi harga siling

Laman web beli-belah, Shopee menjalinkan kerjasama rapat dengan pengeluar dan pengedar di rangkaian tempatan dan serantau untuk menawarkan akses atas talian buat pelanggan mendapatkan topeng muka di negara ini.

Menurut Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho, pihaknya kini mempunyai penjual topeng muka yang mampu menawarkan topeng muka dalam kuantiti yang lebih banyak dan pada harga lebih baik kepada pengguna akhir.

“Kami telah mengingatkan penjual agar bersikap prihatin untuk memastikan topeng muka mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia. Berikutan itu, kami mempunyai penjual di platform kami yang menawarkan sekotak topeng muka pembedahan tiga lapis (berisi 50 keping) dengan harga antara RM60 dan RM85, di bawah harga siling runcit yang dikawal selia iaitu RM100,” katanya.

Shopee juga menyarankan orang ramai supaya tidak membeli lebih daripada apa yang mereka perlukan agar setiap rakyat Malaysia mempunyai akses kepada produk yang amat diperlukan pada saat ini.

Kelewatan Penghantaran

Memandangkan Malaysia masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak Shopee turut memberitahu bahawa mungkin terdapat sedikit kelewatan penghantaran untuk barangan yang dibeli.

“Dengan peningkatan urusniaga atas talian dalam tempoh PKP, seluruh sektor logistik telah berusaha untuk memenuhi pesanan pengguna. Sebagai tambahan kepada Shopee Express, kebanyakan penyedia logistik pihak ketiga telah melaksanakan proses penghantaran yang lebih selamat dan mudah untuk menghalang perhubungan yang lama antara pembeli dan kakitangan penghantaran. Langkah berjaga-jaga juga telah diambil seperti pembasmian kuman untuk gudang dan kenderaan, sementara pemeriksaan suhu dilakukan untuk pekerja, pemandu, dan penunggang demi kepentingan keselamatan,”ujarnya.

Sementara itu, Shopee turut mengadakan kempen khas Beli-belah dengan Selamat dari Rumah. Bermula 27 Mac hingga 4 April 2020, pengguna boleh melakukan pembelian bagi keperluan mereka pada harga yang berpatutan dengan tawaran bermula daripada RM0.44 dan diskaun hingga 80 peratus.

BACA  63 pusat kuarantin COVID-19 baru termasuk hotel, kerajaan hanya bayar RM150 sehari

Tips membeli belah dengan selamat

Dalam pada itu, Shopee turut berkongsi tips pembelian atas talian buat pelanggan laman web beli belah itu;

  1. Baca penerangan produk dan ulasan daripada pembeli lain dengan teliti sebelum membuat keputusan
  2. Gunakan Shopee Live Chat dalam aplikasi untuk mengesahkan harga dan kuantiti dan atau bagi mendapatkan lebih banyak maklumat daripada penjual
  3. Laporkan kepada pihak Shopee jika topeng muka dijual dengan harga yang terlalu mahal. Mereka boleh menggunakan fungsi “Report This Product” di sudut kanan atas mana-mana penyenaraian produk, e-mel di [email protected] atau hubungi 03 2777 9222 (Isnin hingga Ahad – 9.00 pagi hingga 6.00 petang, termasuk Cuti Umum) untuk membuat laporan.
  4. Semua urus niaga anda dilakukan di Shopee dilindungi oleh Polisi Jaminan Shopee kami. Menerusi jaminan ini, Shopee memegang pembayaran pelanggan untuk memastikan pesanan yang diterima adalah betul, berada dalam keadaan baik dan tepat pada masanya sebelum bayaran diberi kepada penjual.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh terus ke laman web Shopee.