Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Pelancaran Huawei P40 boleh ditonton secara langsung di sini

Huawei akan melancarkan telefon flagship terbaru mereka, siri P40 pada hari esok, 26 Mac 2020. Penularan wabak COVID-19 membuatkann Huawei mengadakan majlis pelancaran ini secara dalam talian sahaja, tanpa dihadiri orang ramai secara fizikal.

Acara ini boleh ditonton oleh semua termasuk rakyat Malaysia, menerusi laman YouTube dan Facebook Huawei. Ia akan bermula pada pukul 14:00 waktu Eropah Tengah, atau 9 malam waktu Malaysia pada 26 Mac 2020.

Huawei sering meletakkan siri-P sebagai pakar kamera di telefon pintar. P40 akan menjadi generasi ke-5 peranti Huawei yang dihasilkan dengan kerjasama pakar kamera Leica, sejak Huawei P9.

Dalam berita yang terbocor sebelum ini, dijangka terdapat 3 model yang dilancarkan di mana model terbaik, P40 Pro Plus dilihat akan memberi saingan kepada Galaxy S20 Ultra.

Telefon pintar siri P40 akan menggunakan kuasa pemproses Kirin 990 5G yang menyokong rangkaian 5G, memandangkan pasaran sekarang menuju ke arah ketersediaan 5G. Pemproses terbaru ini menyokong jalur 5G yang lebih lebar di samping serasi dengan mod SA dan NSA.

Malaysia sering menjadi pasaran utama Huawei jadi boleh dijangka, tempahan awal untuk siri P40 akan bermula tidak lama lagi. Tetapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa sekarang mungkin merencatkan perancangan awal Huawei.

Perlu diiingatkan juga, ini akan menjadi siri-P pertama dari Huawei yang menjalankan Huawei Mobile Services dengan stor aplikasi AppGallery. Bermakna, tiada perkhidmatan Google didalamnya. Siri P30 adalah model terakhir flagship Huawei yang masih menjalankan Google Mobile Services, selepas sekatan perniagaan kerajaan Amerika yang dikenakan kepada Huawei.

BACA  Telefon tercanggih dan termahal Huawei boleh dibeli di Malaysia bermula Jumaat ini