Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Diskaun 50% Vivo S1 Pro eksklusif di Lazada Jumaat ini

Satu lagi jenama telefon pintar telah mengumumkan penyertaan mereka ke dalam parti ulangtahun ke-8 Lazada yang berlangsung pada Jumaat ini, 27 Mac 2020. Vivo bukan sahaja memberi diskaun pada hari tersebut, malah menyediakan hadiah percuma berupa powerbank.

Tawaran paling menarik dari Vivo pada 27 Mac nanti ialah telefon pintar Vivo S1 Pro. Ia menerima diskaun 50%, menjadikan harganya kepada RM549 dari harga asal RM1,099. Tetapi tawaran ini untuk waktu terhad, sementara stok masih ada. Vivo tidak menyatakan apakah terma dan syarat, tetapi kami jangka ia adalah jualan kilat dari 12am-2am, dengan stok yang sedikit.

Selain itu, antara model yang disenaraikan dalam promosi ulangtahun ke-8 Lazada ialah:

Vivo juga memberi baucer kupon, yang akan dilepaskan pada 27 Mac dalam kuantiti terhad. Siap sedia di Stor Vivo Lazada pada jam 12am, 27 Mac untuk mendapatkannya. Seperkara lagi, Vivo memberikan hadiah percuma berupa powerbank untuk setiap pembelian telefon pintar bernilai RM500 ke atas.

Diskaun 50% untuk Vivo S1 Pro tu memang dahsyat, tapi kena cepat nampaknya. Kunjungi Stor Vivo di Lazada sekarang untuk meneliti terlebih dahulu semua tawaran Vivo ini.

BACA  Mi Band 5 versi global dilancar tanpa NFC, pengesan SpO2 dan pembantu suara maya