Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Bengkel kenderaan boleh beroperasi dalam waktu yang dihadkan

Semasa pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin pada 17 Mac yang lalu, bengkel baik pulih kenderaan tidak disenaraikan dalam Perkhidmatan Perlu (Essential).

Hal ini membawa kepada penutupan operasi bengkel kereta, sejak penguatkuasaan PKP bermula 18 Mac 2020. Ia melibatkan semua bengkel kenderaan termasuk pusat servis kenderaan yang terdapat di Malaysia.

Pada 18 Mac 2020, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan kenyataan bahawa perkhidmatan baik pulih kenderaan boleh dibuka tetapi pada kadar minimum. Perkhidmatan towing pula dibenarkan menjalankan operasi seperti biasa .

Tiada sebarang perincian yang diberikan berhubung kadar minimum yang dinyatakan pihak MKN. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor telah menggariskan perincian terhadap maksud kadar minimum yang terdapat dalam kenyataan MKN. Kerajaan negeri itu telah meletakkan kawalan tambahan terhadap PKP dengan menggariskan perkhidmatan pembaikan atau kedai alat ganti kenderaan boleh beroperasi bermula 9 pagi hingga 4 petang.

Walaupun begitu, beberapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak mengikut tempoh waktu operasi seperti yang digariskan kerajaan negeri. Majlis Perbandaran Selayang pada 19 Mac 2020 mengeluarkan notis bahawa, operasi bengkel kenderaan dibenarkan bermula pukul 10 pagi hingga 3 petang. Majlis Bandaraya Shah Alam pula memberi kebenaran untuk perkhidmatan bengkel dari pukul 9 pagi hingga 2 petang, menerusi satu notis pada 18 Mac 2020.

Di Perak, Majlis Perbandaran Taiping turut mengeluarkan notis pada 18 Mac 2020, membenarkan perkhidmatan pembaikan kenderaan beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 1 petang sahaja.

Setakat ini kadar minimum yang ditafsirkan merujuk kepada waktu operasi yang pendek. Namun, berdasarkan notis sedia ada waktu operasi yang ditetapkan tidak sama. Oleh yang demikian, disarankan supaya orang ramai berhubung dengan PBT di daerah anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

BACA  GoCar tawar bantuan buat peniaga dengan kereta sewa hanya RM30 sehari

Dengan kurangnya penggunaan kenderaan sepanjang tempoh PKP, mungkin kadar kenderaan rosak akan berkurang. Kepada yang memiliki kenderaan, jangan lupa panaskan enjin secara berkala, ditakuti selepas 14 April 2020 semua orang beratur di bengkel untuk tukar bateri pula.

Sumber: Paultan, MKN, MBPJ, MBSA, MPS, MPT