Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Internet dan kredit percuma untuk tambah nilai di Maybank2u atau MAE

Maybank menawarkan pemberian internet dan kredit percuma kepada pengguna talian prabayar untuk setiap transaksi tambah nilai yang dilakukan menerusi perbankan dalam talian, Maybank2u atau e-dompet MAE.

Kempen yang bermula dari 25 Mac hingga 30 April 2020 ini, merupakan usaha pihak Maybank untuk pelanggannya kekal berhubung dengan yang tersayang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

Caranya, pengguna perlu menambah nilai minimum RM 30 menerusi aplikasi atau laman web, Maybank2u untuk menikmati internet atau kredit percuma ini. Syarikat telekomunikasi yang telibat adalah Hotlink, Digi dan Celcom Xpax

Hotlink

Untuk pengguna Hotlink, dengan setiap tambah nilai minimum RM 30 dalam satu transaksi anda akan menerima kredit percuma RM 3. Kredit percuma ini boleh digunakan untuk melakukan panggilan, SMS atau membeli pas data. Tempoh sah kredit ini juga mengikut jumlah tambah nilai yang dilakukan (RM30 = 30 hari).

Digi

Bagi pengguna Digi, untuk setiap tambah nilai RM 30, RM 50 atau RM 100, anda akan menerima internet percuma sebanyak 3 GB untuk tempoh 24 jam yang boleh ditebus menggunakan token.

Setiap tambah nilai akan memperoleh jumlah token yang berbeza:

  • RM 30 = 1 Token
  • RM 50 = 2 Token
  • RM 100 = 3 Token

Pengguna boleh menebus token ini selepas menerima SMS pengesahan daripada pihak Digi. Token boleh ditebus sebelum tamat tempoh yang dinyatakan dalam SMS menerusi aplikasi Mydigi atau dail, *888*#1 kemudian pilih “Freebies”.

Celcom Xpax

Pengguna Celcom Xpax pula boleh menikmati internet percuma 2 GB selama 48 jam menerusi tambah nilai minimum RM 30. Anda boleh menikmati ganjaran ini selepas menerima SMS pengesahan. Semakan berhubung ganjaran ini boleh dilakukan menerusi SMS, ADD ON BAL dan hantar ke 2888.

BACA  Maxis tawarkan telefon 5G Huawei dari RM1 serta beli 1 percuma 1

Untuk maklumat lanjut, terma dan syarat orang ramai boleh melayari laman web Maybank2u.

Bila dah ada tawaran internet percuma ini manfaatkanlah sepanjang Tempoh Kawalan Pergerakan ini. Banyak pihak prihatin dan menggalakkan kita duduk di rumah. Kalau kita sendiri yang gatal nak keluar tanpa sebab, tak tahulah apa nak dikata.