• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Semua murid sekolah boleh dapatkan 40GB data percuma dari Yes 4G

  • OLEH Najib
  • 7:53 am
  • 26/03/2020
  • Komen
Semua murid sekolah boleh dapatkan 40GB data percuma dari Yes 4G
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan 14 hari lagi ke 14 April. Bagi menyokong perintah ini, Kumpulan YTL mengumumkan pemberian data percuma untuk membolehkan murid-murid sekolah kerajaan untuk terus mendapat pendidikan di rumah.

Ibubapa boleh membuat pesanan kad sim Yes 4G dan ia akan dihantar ke rumah secara percuma. Setiap kad sim ini datang bersama 40GB data yang sah digunakan selama 2 bulan. Ia juga membenarkan akses ke FrogAsia, sebuah platform pendidikan yang diusahakan oleh YTL. Tawaran ini diberikan kepada anak-anak yang sedang belajar di sekolah rendah dan menengah, serta di sekolah bantuan kerajaan di Malaysia.



Untuk mendapatkan kad SIM Yes 4G ini secara percuma, ibubapa boleh mendaftar di sini. Beberapa maklumat peribadi ibubapa dan anak-anak diperlukan. Panggilan video melalui WhatsApp akan dibuat untuk pengesahan dan ia akan dibuat dalam masa 24 jam selepas permohonan dibuat. Apabila diluluskan, kad SIM akan dihantar pada hari bekerja esoknya atau dalam masa 3 hari bagi mereka yang tinggal di luar Lembah Klang.

Ibubapa boleh mendapatkan kad SIM untuk setiap seorang anak-anak mereka, tetapi sehingga 5 orang sahaja di bawah satu kad pengenalan ibubapa. Bermakna, seorang ibubapa boleh mendapatkan sehingga 200GB data percuma jika mempunyai 5 orang anak yang bersekolah. Khidmat pelanggan Yes telah memaklumkan kami, tiada sebarang sekatan terhadap penggunaan data ini, malah ia boleh digunakan sebagai hotspot juga. Kad SIM yang diterima perlu diaktifkan selewat-lewatnya 31 Mei 2020.



YTL telah membuat tinjauan dan mendapati sebanyak 85% ibubapa risau jika pendidikan anak-anak mereka terganggu sepanjang berada di rumah. Tambah mereka lagi, kumpulan B40 perlu membeli lebih banyak data dan ia adalah satu beban yang besar dalam keadaan yang tidak menentu ini.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan YTL, Tan Sri Francis Yeoh berkata, “Pada waktu ini, negara sedang berhadapan krisis yang tidak dijangka dan perlu melindungi rakyat dari pandemik COVID-19. Kami mahu memastikan anak-anak akan terus menerima pendidikan di rumah. Sebab itu kami berikan akses percuma ke sumber pendidikan dalam talian FrogAsia dan menyediakan data percuma menerusi rangkaian mudah alih Yes 4G. Kami harap, semua anak-anak di Malaysia ini sentiasa selamat dan terus belajar.”

Untuk mengetahui lebih manjut mengenai inisiatif ini, layari laman web Yayasan YTL.

Sumber: The Edge

Tags: COVID-19Perintah Kawalan Pergerakanyes 4gytl
Najib

Najib

POPULAR

Semua murid sekolah boleh dapatkan 40GB data percuma dari Yes 4G

Semua murid sekolah boleh dapatkan 40GB data percuma dari Yes 4G

26 March 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER