• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

1GB Percuma PKP: U Mobile beri untuk semua setiap hari tetapi perlu ditebus

  • OLEH Najib
  • 10:34 pm
  • 27/03/2020
  • Komen
1GB Percuma PKP: U Mobile beri untuk semua setiap hari tetapi perlu ditebus
Share on FacebookShare on Twitter

U Mobile pantas menyambut pengumuman Perdana Menteri di dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin yang menyatakan, 1GB internet setiap hari percuma sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pemberian ini akan bermula dari 1 April iaitu hari Rabu minggu depan.

1GB data percuma ini diberikan kepada semua pelanggan pascabayar, prabayar dan broadband. Kecuali pelanggan pelan WeChat Go. Data percuma ini bagaimanapun boleh digunakan dari pukul 8 pagi hingga 6 petang setiap hari, sehingga tamat PKP.



Tiada sekatan kelajuan untuk data percuma ini dan ia juga boleh digunakan untuk hotspot. Tetapi talian pengguna mestilah aktif untuk menerima data percuma. Selepas menghabiskan kuota 1GB percuma, penggunaan akan kembali kepada kuota asal pengguna.

Untuk menerima tawaran ini, pengguna perlu membuat satu kali penebusan. Hanya satu penebusan dibenarkan untuk seorang pelanggan. Ia boleh ditebus melalui UMB seperti berikut:



Prabayar: Dail *118*6# dan pilih Special Offer

Pascabayar: Dail *118*7# dan pilih Special Offer

Pemberian data 1GB percuma ini merupakan tambahan kepada tawaran sedia ada U Mobile sebelum ini, iaitu 2x ganda kuota hotspot yang diberikan sejak 19 Mac. Pengguna U Mobile menerima sehingga 100GB kuota hotspot, bergantung kepada pelan yang dilanggan.

Tags: Pakej Rangsangan EkonomiPerintah Kawalan Pergerakanu mobile
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
1GB Percuma PKP: U Mobile beri untuk semua setiap hari tetapi perlu ditebus

1GB Percuma PKP: U Mobile beri untuk semua setiap hari tetapi perlu ditebus

27 March 2020
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN