Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Kit Ujian Pantas COVID-19 Ini Betul-Betul Terima Pengesahan FDA

Syarkat farmaseutikal seluruh dunia sedang giat membangunkan metodologi untuk mengesan COVID-19. Antara objektif mereka adalah untuk mengesan sepantas mungkin tanpa mengorbankan kejituan. Salah satu yang ada potensi besar buat masa ini adalah produk daripada Abbot Laboratories ini.

Kit yang dibernama Id Now COVID-19 ini menerima dokumen Emergency Use Authorization (EUA) daripada FDA pada 27 Mac 2020 yang lalu. Produk ini menggabungkan kepantasan serta kejituan yang sangat diperlukan dalam situasi COVID-19 sekarang.

EUA yang diterima Abbot Laboratories – Sumber

Masih menggunakan sampel yang diambil daripada rongga nasal, kit Abbot ini mampu mengesan COVID-19 dalam masa kurang daripada 13 minit dan miliki kejituan 95% melalui mesin khas ID NOW keluaran mereka.

Jika kit ini berkesan, ia ada kejituan seperti ujian yang digunakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kepantasan seperti kit immunoessay seperti yang diiklankan MyEG tapi gagal tempoh hari.

Dalam hal yang berkaitan, Ketua Pengara KKM menerbitkan Tweet yang mengandungi maklumat penerimaan 100,000 kit ujian COVID-19 daripada China. Ia sekali gus boleh mempertingkat keupayaan ujian KKM berbanding sedia ada.

Tapi, sudah tentu langkah berjaga-jaga perlu diambil. Hal in ikerana, kerajaan Sepanyol dan Republic Czech telah menolak kit ujian China kerana tidak memenuhi piawaian.

Sumber: Bloomberg

BACA  Maxis agih bubur lambuk Kampung Baru kepada petugas barisan hadapan dan golongan memerlukan