Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 9 Jun, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Itali guna topeng skuba untuk atasi kekurangan alat bantu pernafasan

Itali yang terjejas teruk ekoran penularan wabak COVID-19 telah tampil dengan inovasi alat bantu pernafasan, ventilator. Ahli perubatan mereka menggunakan topeng selaman skuba bagi membantu pesakitnya.

Inovasi hasil idea Dr. Franceso Minardi ini, dilaksanakan oleh para doktor di Hospital Maggiore, Parma, yang menggunakan pencetak 3D untuk mengubah suai topeng berkenaan supaya dapat disambungkan ke mesin oksigen.

Ia sekali gus dapat menjadi solusi bagi kekurangan ventilator yang berlaku di negara itu. Topeng berkenaan didapati mampu menghalang paru-paru pesakit daripada gagal berfungsi.

Negara lain di Eropah turut menggunakan idea inovasi dari Itali itu, untuk mengatasi masalah kekurangan alat bantu pernafasan di negara mereka. Salah satunya ialah Hospital Erasme di pinggir ibu kota Belgium di Brussels, yang berkolaborasi dengan Université Libre de Bruxelles.

Menurut Ahli Fisioterapi Pernafasan di hospital yang juga tenaga pengajar di universiti, Frederic Bonnier, inovasi ini digunakan untuk pesakit yang mengalami masalah pernafasan yang teruk dan ia jauh lebih selesa berbanding topeng hospital yang muat-muat dengan hidung serta mulut.

Walau bagaimanapun, buat masa ini, topeng itu masih belum diuji mengikut piawai perubatan, bermakna ia hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak boleh dibersihkan untuk kegunaan pesakit lain.

Setakat ini, serangan wabak COVID-19 di Itali telah menelan lebih 10,000 nyawa dengan kira-kira 40 daripadanya merupakan golongan doktor. Itali juga merekodkan lebih 90,000 kes jangkitan COVID-19 di negara itu.

Di Malaysia, setakat petang 30 Mac 2020, terdapat 156 kes baharu direkodkan yang menyumbang kepada rekod jumlah terkini kes jangkitan COVID-19 sebanyak 2,626 kes. Rekod kematian juga dilaporkan meningkat kepada 36 kes manakala 94 kes dilaporkan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi.

BACA  Cara Mohon Kebenaran Perjalanan Rentas Negeri Melalui APP Gerak Malaysia

Sumber: cbsnews, Berita Harian