Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Lapisan ozon semakin pulih, kebocoran di Antartik semakin mengecil

Lapisan ozon bumi (yang menyerap radiasi ultraungu daripada matahari) didapati semakin pulih dan berkemungkinan pulih sepenuhnya dalam beberapa dekad akan datang, berdasarkan satu kertas kajian saintifik oleh Nature.

Ketua penulis dan penyelidik dalam kajian berkenaan, Antara Banerjee menjelaskan, pelaksanaan Protokol Montreal sejak tahun 1989, mengharamkan pengunaan sebatian kimia, klorofluorokarbon (CFC), dan ini menyumbang kepada pemulihan lapisan ozon.

Sebelum Protokol Montreal dikuatkuasakan, CFC digunakan secara meluas sehingga menyebabkan penipisan lapisan ozon seterusnya menyumbang kepada kebocorannya di Antartik. Ia mula dikesan pada tahun 1987.

Penipisan ozon telah menyaksikan perubahan arus udara yang menghala ke kutub selatan sejak beberapa dekad yang lalu berikutan penipisan lapisan ozon. Sejak tahun 2000, pergerakan itu mula berhenti seiring pulihnya lapisan ozon.

Jelas Banerjee, pihaknya menemukan kesan perubahan iklim terutama di hemisfera selatan, khususnya terhadap perubahan corak peredaran udara. Perubahan berkenaan berlaku berikutan pengecilan kebocoran ozon di Antartik, hasil perlaksanaan Protokol Montreal.

Pulihnya lapisan ozon turut memberi kesan kepada peningkatan kadar gas karbon dioksida (CO2). Gas CO2 membantu menolak arus udara ke selatan (sebelum ini menghala ke utara berikutan penipisan lapisan ozon). Keadaan ini menunjukkan bahawa dua elemen ini berada pada tahap yang seimbang.

Impak ini juga akan memberi kesan yang berbeza terhadap beberapa bahagian di dunia. Sebagai contoh sebelum tahun 2000, penipisan lapisan ozon menyebabkan musim sejuk di Australia menjadi kering ekoran kurangnya taburan hujan di sana. Berbeza pula di Amerika Selatan, kawasan itu mengalami taburan hujan yang tinggi. Ketidakstabilan ini mula berubah sejak lapisan ozon semakin pulih.

Hal ini menunjukkan bahawa tindakan yang menyeluruh dapat membantu dalam memulihkan ekosistem bumi. Ia juga diharap dapat diimplementasikan dalam mengekang kesan rumah hijau yang menjadi punca kepada perubahan iklim.

BACA  Kerja penyelenggaraan Yoodo, pengguna diminta bersedia hadapi gangguan 3-hari

Penemuan ini merupakan berita baik buat seluruh penduduk dunia. Tanpa lapisan ozon, kelangsungan hidupan di bumi akan terjejas. Ada juga hikmah disebalik penularan wabak COVID-19. Dengan hampir seluruh dunia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mahupun Perintah Berkurung (menjadikan operasi perindustrian dan kenderaan berkurang), bumi dapat berehat sebentar daripada pencemaran.

Sumber: Independent