Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 9 Jun, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Samsung Galaxy M11, Telefon Harga Patut Dengan Bateri Besar & Pengecasan Pantas

Samsung telah dikesan melancarkan satu telefon baru dalam siri M iaitu M11. Melihat pada spesifikasi teknikalnya, ia mungkin dalam kelas harga patut dan berkemungkinan besar lebih murah daripada M31 yang dilancarkan di Malaysia pada harga RM1,099.

Bermula dengan bahagian muka, Galaxy M11 adalah sebuah telefon sebesar 6.4” dan menggunakan panel HD+ berlubang untuk menempatkan kamera selfie. Masih tentang kamera, selain kamera selfie 8MP, ia juga ada tiga kamera belakang iaitu kamera 13MP, 5MP (ultralebar), dan 2MP (bokeh).

Atas papan utama, Samsung, seperti biasa tidak menyatakan secara khusus jenis SoC yang terpateri di atasnya. Tapi, besar kemungkinan ia adalah daripada keluarga Snadpragon 400 berdasarkan teras dan clocspeed-nya.

Bersama-sama SoC itu, ada RAM sehingga 4GB dan storan sehingga 64GB.

Menariknya M11 ini adalah bateri besarnya. Ia miliki tangki sebesar 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 15W melalui port USB-C di bahagian bawanya.

Sungguhpun tiada maklumat harga ataupun sama ada ia akan masuki pasaran Malaysia atau tidak. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi produk.

BACA  Permohonan Dekoder Percuma MyTV Untuk Yang Layak Ditutup 31 Mei 2020