• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

1GB Percuma PKP: Pengguna Pascabayar, Prabayar & Digi Business perlu tebus di MyDigi

  • OLEH Najib
  • 10:01 pm
  • 31/03/2020
  • Komen
1GB Percuma PKP: Pengguna Pascabayar, Prabayar & Digi Business perlu tebus di MyDigi
Share on FacebookShare on Twitter

Digi akhirnya menerangkan cara ia memberikan 1GB percuma kepada pelanggan sebagai salah satu cara sokongan kepada usaha kerajaan meminta orang ramai duduk di rumah dan tidak keluar. Mulai 1 April, kesemua pelanggan Prabayar dan Pascabayar Digi akan menerima 1GB internet berkelajuan tinggi secara percuma.

Bagaimanapun, pelanggan Digi perlu menebus data percuma ini. Pelanggan pascabayar boleh menebusnya di dalam aplikasi MyDigi di ruangan Rewards. Manakala pelanggan prabayar pula, menerusi ruangan “Box of Surprise” di dalam aplikasi MyDigi, atau menggunakan kod ringkas UMB di *128#.



Tebusan ini hanya perlu dibuat sekali sahaja dan 1GB akan diberikan setiap hari secara automatik. Data percuma ini hanya boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang dan baki yang tidak digunakan akan terus dibuang, tidak dibawa ke depan.

Tawaran sebelum ini diteruskan lagi sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti data dan panggilan percuma apabila membuat tambah nilai prabayar, akses percuma ke platform pendidikan Jomstudi dan membayar RM1 untuk akses ke kurikulum UPSR dan SPM di Classruum. Semua tawaran ini boleh disemak di sini.



Digi turut memberikan 1GB percuma buat pelanggan Digi Business. Ia perlu ditebus menerusi aplikasi MyDigi di ruangan “Rewards“. Selain itu, Digi juga memberikan tawaran tambahan untuk pengguna Digi Business berupa:

  • Akses 3 bulan percuma ke atas altHR, dan selepas itu, hanya perlu membayar yuran permulaan nominal sebanyak RM50 setiap bulan bagi menguruskan keperluan sumber manusia mereka melalui telefon mudah alih.
  • Setiap pelanggan Omni Hotline akan diberikan masa serta sambungan tambahan sehinga 50 % untuk membantu syarikat yang memerlukan kemudahan panggilan jualan dan sokongan ketika bekerja dari rumah.

Ketahui lebih lanjut mengenai tawaran buat Digi Business di sini.

Digi komited dalam memastikan rangkaian mereka stabil dan tersedia dengan suntikan perbelanjaan tambahan dalam aspek ini. Antaranya mengutamakan prestasi rangkaian di lokasi kritikal seperti hospital, pusat bantuan, agensi kerajaan dan penguatkuasaan, serta pusat media di seluruh negara di samping menyumbang analisis data dan penyelesaian teknologi kepada pihak kerajaan untuk membendung penularan wabak COVID-19.

Digi turut bersedia menyediakan lebih 700 kakitangan yang bertugas 24/7 menerusi pusat panggilan dan pasukan bantuan media sosial untuk menangani keperluan pengguna. Beberapa Kedai Digi akan dibuka mulai 1 April dengan mengambil kira semua langkah keselamatan buat kakitangan dan pelanggan. Kedai ini beroperasi pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja, dari pukul 10 pagi hingga 4 petang. Semak senarai penuh kedai yang akan beroperasi di sini.

Tags: digiPakej Rangsangan EkonomiPerintah Kawalan Pergerakan
Najib

Najib

POPULAR

1GB Percuma PKP: Pengguna Pascabayar, Prabayar & Digi Business perlu tebus di MyDigi

1GB Percuma PKP: Pengguna Pascabayar, Prabayar & Digi Business perlu tebus di MyDigi

31 March 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER