Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

1GB data percuma setiap hari dan panggilan percuma dengan tambah nilai di Digi

Bagi membantu pengguna sentiasa berhubung di rumah, syarikat telekomunikasi telah menjalankan beberapa inisiatif yang meringankan beban orang ramai. Selepas Celcom, U Mobile, Unifi Mobile dan Yoodo mengumumkan inisiatif mereka, kini Digi pun menuruti jejak langkah ini.

Semua pengguna Digi boleh melayari laman web Doctor On Call dan Kementerian Kesihatan Malaysia secara percuma tanpa caj kuota, untuk mendapatkan berita terkini serta mendapatkan nasihat perubatan. Digi juga tidak mengenakan sebarang bayaran untuk panggilan ke Jabatan Kesihatan Negara dan Negeri. Nombor telefon semua jabatan kesihatan ini boleh dirujuk di sini.

Dari 21 hingga 31 Mac 2020, pengguna prabayar Digi akan menikmati data dan panggilan percuma apabila membuat tambah nilai. Sebarang tambah nilai antara RM10 ke RM29.99, menerima 300MB data dan 5 minit panggilan percuma yang sah digunakan dalam 3 hari. Manakala tambah nilai RM30 dan ke atas, menerima 1GB data dan 15 minit panggilan percuma ke semua talian, yang sah selama 7 hari.

Orang ramai digalakkan untuk duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. Tambah nilai untuk prabayar Digi boleh dibuat menerusi aplikasi MyDigi atau laman web Digi di sini.

Bagi pengguna pascabayar pula, akan menerima 1GB data percuma setiap hari yang boleh digunakan dari pukul 8 pagi hingga 6 petang. Data percuma ini perlu ditebus di dalam aplikasi MyDigi.

Digi juga menyediakan inisiatif untuk pelajar di musim cuti sekolah ini. Akses ke kurikulum pelajaran secara digital di jomstudi.my dibuka untuk semua secara percuma dari pukul 2 petang hingga 8 malam. Bermula dari 24 Mac, ia boleh diakses sepanjang hari secara percuma.

Selain itu, nikmati akses selama sebulan untuk kurikulum UPSR dan SPM di Classrum dengan bayaran RM1 sahaja. Pas ini boleh dibeli di dalam aplikasi MyDigi.

BACA  Pengeluaran KWSP sehingga RM6000 dan penangguhan bayaran PTPTN 6 bulan untuk ringankan beban rakyat

Pengguna Digi dinasihatkan untuk menggunakan aplikasi MyDigi untuk sebarang perkhidmatan seperti tambah nilai dan membeli pas. Perlu diambil perhatian, semua stor fizikal Digi turut ditutup sehingga 31 Mac tetapi talian khidmat pelanggan dan bantuan Live Chat sentiasa tersedia sepanjang masa. Orang ramai juga boleh berhubung dengan Digi menerusi media sosial seperti Facebook, Twitter dan portal komuniti Digi.

Sumber: Digi Community