• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Akhirnya tiga produk baru Honor ini akan dilancarkan di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 2:09 pm
  • 31/03/2020
  • Komen
Honor 9X Pro – telefon Honor pertama berkuasa Kirin 810 di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Honor Malaysia pada awalnya merancang untuk melancarkan tiga produk baru mereka pada 19 Mac 2020. Tetapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac, membuatkan mereka terpaksa menangguhkannya.

Hari ini, Honor Malaysia mengumumkan mereka telah memilih tarikh baru untuk pelancaran tiga produk ini. Laptop MagicBook, telefon pintar 9X Pro dan jam pintar MagicWatch 2 42mm Rose Gold akan dilancarkan pada hari Selasa, 7 April 2020 pukul 12 tengah hari.



Majlis pelancaran produk baru Honor ini akan dibuat atas talian dan boleh ditonton orang ramai secara langsung. Siaran langsung akan dibuat menerusi Facebook Honor Malaysia dan saluran YouTube Honor Malaysia.

Honor MagicBook

Honor MagicBook adalah laptop pertama keluaran Honor yang dijual di Malaysia. Ia memiliki skrin HD penuh berukuran 14-inci, di dalam badan magnesium yang ringan dan boleh dibuka rata 180-darjah. Laptop ini memiliki bahagian paling tebal 15.8mm serta seberat 1.45kg.



Cip AMD Ryzen 5 3500U bersama cip grafik AMD Radeon Vega 8 menjadi tenaga penggerak Honor MagicBook. Ia dipadankan bersama RAM sebanyak 8GB dan storan SSD 512GB yang tidak boleh ditukar atau dinaik taraf.

Antara tarikan yang terdapat di laptop ini ialah pengecas USB-C 65W yang boleh juga mengecas telefon pintar, pengimbas capjari terbina di dalam butang kuasa, serta MagicLink, cara mudah dan cepat untuk menghantar fail antara telefon pintar Honor (dan Huawei) yang serasi dengan laptop MagicBook.

Laptop ini dijangka akan dijual pada harga di bawah RM2,500.

Honor 9X Pro

Telefon pintar ini juga yang pertama buat Honor di Malasia, menggunakan cip Kirin 810. Ia akan datang bersama RAM 6GB dan storan sangat besar 256GB. Sayangnya, ia juga bakal menjadi telefon pertama dari Honor tanpa Google Mobile Services (GMS). Bermakna tiada Google Playstore di dalamnya.

Skrin telefon ini berukuran 6.59-inci HD Penuh tanpa takuk dan lubang. Ini kerana ia menggunakan modul pop-up yang boleh menyembunyikan kamera hadapan 16MP. Di belakang, terdapat tiga kamera padanya iaitu kamera utama 48MP, kamera utra lebar 8MP dan kamera potret 2MP.

Bateri di dalamnya sebesar 4,000mAh dan mengecas melalui USB-C. Tetapi ia tiada sokongan pengecasan pantas, kekal dengan pengecas biasa 10W.

Memandangkan Honor 9X dengan kuasa Kirin 710f, RAM 6GB dan storan 128GB dijual pada harga RM999, Honor 9X Pro pula pasti berharga lebih tinggi. Dijangka serendah RM1,099.

Honor MagicWatch 2 42mm (Rose Gold)

Jam pintar Honor MagicWatch 2 42mm bukanlah perkara baru. Ia telah pun dijual di Malaysia berharga RM599 tetapi berwarna hitam serta tali silikon. Model baru yang bakal dibawah Honor ini ialah jam berwarna Rose Gold bersama tali besi. Ia mungkin berharga lebih mahal, dijangka tambahan RM50 menjadi RM649.

Honor MagicWatch 2 42mm mempunyai kekurangan berbanding model 46mm. Selain muka jam lebih kecil, ia juga memiliki bateri lebih kecil, dengan hayat sehingga 7 hari sahaja berbanding 14 hari di model 46mm. Model 42mm ini juga tiada mikrofon dan speaker terbina di dalam.

Selain itu, ia ada ciri-ciri jam pintar yang sama seperti penjejak kesihatan, pengimbas denyutan nadi, GPS terbina, serta kalis air sehingga 50 meter dalam untuk digunakan semasa berenang. Ia juga boleh menyimpan fail, membenarkan lagu dimainkan tanpa sambungan ke peranti terus ke fon telinga Bluetooth.

Tags: honorHonor 9X ProHonor MagicBook
Najib

Najib

POPULAR

Honor 9X Pro – telefon Honor pertama berkuasa Kirin 810 di Malaysia

Akhirnya tiga produk baru Honor ini akan dilancarkan di Malaysia

31 March 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

19 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER