Kemas kini terbaru Telegram ini bawa platform permesejan itu jauh tinggalkan Whatsapp

Pengguna Telegram di Malaysia, adakah anda perasan yang bilangan contact anda yang memasang APP Telegram dalam musim COVID-19 meningkat mendadak? Sudah tentu mereka ingin mengikuti perkembangan semasa menerusi saluran Majlis Keselamatan Negara yang sehingga sekarang miliki lebih sejuta penyertaan.

Itu adalah antara kekuatan Telegram, mampu wujudkan channel yang menampung jutaan pengguna. Tapi, fungsi itu sudah berkurun lamanya ada pada Telegram. Hari ini, mereka bawakan 3 perkara menarik yang tentunya jadikan Telegram jauh lebih baik daripada Whatsapp.

Char Folders

Fungsi ini adalah yang pertama seumapanya dalam platform permesejan seingat saya. Ia membolehkan anda memasukkan mana-mana Thread mesej masuk ke folder tertentu.

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Misalnya, anda boleh masukkan chat daripada kawan pejabat dalam satu folder, kawan sekolah dalam satu folder, dan saluran penting berkaitan COVID-19 dalam satu folder.

Desktop Sync

Jika anda gunakan Telegram di desktop, tab folder turut ada di sana. Maka, semua folder anda akan di-sync-kan merentasi peranti. Tak perlu lagi anda lakukan backup seperti di platform Whatsapp.

Channel Stats

Ini adalah satu fungsi yang besar untuk sebuah platform permesejan. Jika anda miliki saluran dengan lebih 1,000 penyertaan, anda boleh lihat statistik saluran tersebut. Anda bolehlah melihat perkembangan saluran dengan lebih terperinci.

Kesemua kemas kini ini ada untuk Telegram di semua platform, sama ada desktop, Android, mahupun iOS. Kemas kini APP masing-masing untuk rasai fungsi terbaharu ini.