Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Keperluan Bazar Ramadan 2020 Dalam Situasi COVID-19 Terima Reaksi Bercampur-Baur Segenap Pihak

Singapura adalah antara yang terawal mengumumkan pembatalan bazar bulan Ramadan dan Hari Raya untuk tahun 2020 dalam usaha mereka untuk terus mengekang kemaraan COVID-19 di negara mereka.

Pendekatan di Malaysia pula berbeza, apabila Menteri Wilayah, Annuar Musa, menyatakan yang penganjuran bazar tersebut tetap ada tahun ini. Bezanya berbanding tahun-tahun terdahulu adalah pada cara pelaksanaannya supaya jarak sosial dikekalkan.

Sumber

Namun, setakat ini masih tidak ada kata putus dikeluarkan pihaknya berkenaan isu ini. Dengan bulan Ramadan yang akan tiba pada 24 April 2020 ini, dalam masa kira-kira 20 hari, mereka perlu lebih pantas kerana bukan mereka saja yang terlibat, penjual bazar juga perlu bersiap sedia, sama ada mereka beroleh tapak niaga ataupun hanya menjual daripada rumah secara dalam talian.

Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah, walaupun tidak menyokong ataupun membantah bazar Ramadan 2020, beliau mengatakan bahawa garis panduan kawalan khalayak yang komprehensif perlu disediakan.

Di lapisan warganet Malaysia, ada yang mengatakan apa-apa bazar perlu dibatalkan jika tak mahu gelombang COVID-19 melanda kembali dan melenyapkan usaha benteng hadapan dan kita semasa PKP.

Menurut mereka, bazar Ramadan bukanlah keperluan kerana dalam tempoh PKP ini, semua makanan boleh diperoleh secara dalam talian tanpa masalah.

Apa pendapat anda? Adakah bazar Ramadan adalah keperluan?

BACA  Singapore Airlines ubah pesawat penumpang terbesar dunia jadi restoren eksklusif selama dua hari