Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Pelanggan boleh beli barang basah di Lazada sambil menderma perangi COVID-19

Lazada melancarkan tiga inisiatif menerusi platform eDagang dan logistik syarikat dalam usaha untuk memperkasakan komuniti tempatan dan pada masa sama memerangi penularan wabak COVID-19.

Ketiga-tiga inisiatif ini dilaksanakan bagi membantu usahawan pertanian dan nelayan tempatan, sokongan jangka panjang untuk para usahawan eDagang termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta menyediakan platform untuk memudahkan sumbangan bagi menyokong petugas barisan hadapan dan mereka yang memerlukan.

Platform eDagang untuk hasil pertanian, penternakan dan perikanan

Ekoran penularan wabak COVID-19 yang mengancam industri pertanian di Cameron Highland, Lazada tampil untuk membantu golongan petani dengan menyediakan perkhidmatan jualan dan penghantaran untuk hasil pertanian di platform eDagangnya sejak 26 Mac 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif, Lazada Malaysia berkata, inisiatif ini turut melibatkan golongan pekebun buah, penternak dan nelayan yang berpeluang memasarkan produk mereka sekali gus menyediakan akses kepada keperluan harian dan barangan runcit buat pelanggan khususnya sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi platform Lazada, orang ramai boleh membeli hasil pertanian di seksyen khas ‘Cameron Farmers’, serta MyFishman untuk bekalan makanan laut dan Mymarket2u untuk keperluan barangan runcit.

Sokongan kepada komuniti penjual eDagang dan PKS di Malaysia

Sementara itu, sebagai langkah jangka panjang, Lazada juga berjanji untuk menyokong hampir 25,000 usahawan eDagang dan PKS sepanjang tempoh negara mendepani penularan wabak COVID-19.

Lazada akan terus meperkasakan aktiviti perdagangan dan latihan kepada usahawan dalam usaha untuk meningkatkan penggunaan eDagang dalam kalangan PKS tempatan dan menyokong kempen “Beli Barangan Malaysia”. Ia selaras dengan kerjasama yang dilaksanakan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada bulan Ogos tahun lepas.

BACA  Isu video tular kena saman sebab tak pakai topeng, ini jawapan MKN

Kerjasama dengan tiga rakan badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengumpul dana melawan COVID-19

Dalam pada itu, Lazada turut melaksanakan usaha untuk menyokong kerajaan memerangi wabak COVID-19 dengan menyediakan kemudahan sumbangan menerusi platform digital.

Menerusi usaha ini Lazada menjalinkan kerjasama dengan pertubuhan Mercy Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan UNICEF untuk platform sumbangan digital Lazada yang dipanggil LazadaForGood.

Dana yang dikumpulkan ini akan disalurkan untuk membantu usaha organisasi-organisasi ini membiayai keperluan peralatan perubatan dan alat pelindung diri buat petugas barisan hadapan serta golongan kurang bernasib baik. Lazada Malaysia turut memberikan sumbangan tambahan sebanyak RM 415,000.

Orang ramai boleh memberikan sumbangan menerusi platform LazadaForGood dengan cara berikut;

  • Buka laman web Lazada atau aplikasi Lazada
  • Pergi ke ruangan LazadaForGood
  • Klik ‘Add to cart’ bagi opsyen sumbangan yang dipilih
  • Klik ‘Check out’ untuk melengkapkan sumbangan anda
  • Anda akan menerima resit rasmi sumbangan anda melalui e-me

Sepanjang PKP, Lazada dah beri kemudahan kepada anda untuk akses barangan keperluan dan juga platform untuk berikan sumbangan bagi membantu melawan penularan wabak COVID-19. Tugas kita hanya duduk rumah dan patuh perintah kerajaan.