• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Proton sumbang 50 unit X70 kepada KKM, Naza serah RM 1.25 juta kepada tabung COVID-19

  • OLEH Ghazali Alias
  • 12:09 pm
  • 01/04/2020
  • Komen
Proton sumbang 50 unit X70 kepada KKM, Naza serah RM 1.25 juta kepada tabung COVID-19
Share on FacebookShare on Twitter

Proton menyumbangkan 50 unit kenderaan utiliti sukan (SUV), Proton X70, kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai tanda sokongan mereka terhadap usaha kerajaan menangani penularan wabak COVID-19 di seluruh negara.

Menurut Proton, pemberian kenderaan berkenaan akan membantu memberikan kemudahan logistik kepada petugas barisan hadapan untuk melaksanakan tugas. Kenderaan berkenaan akan digunakan untuk menjemput atau menghantar petugas dari tempat kerja. Ia juga digunakan untuk membawa petugas ke kawasan-kawasan yang memerlukan perhatian segera.



Selain Proton, Kumpulan Naza turut menyatakan sokongan mereka terhadap pihak kerajaan, menerusi sumbangan kewangan sebanyak RM 1.25 juta kepada Tabung COVID-19 Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin, pihaknya berharap agar sumbangan berkenaan dapat membantu pihak kerajaan melaksanakan pelbagai usaha bagi membantu rakyat yang memerlukan dan pada masa sama memenuhi keperluan barisan hadapan untuk membendung wabak COVID-19.



Berdasarkan laman Twitter KKM, sehingga pukul 12 tengah hari, 31 Mac 2020, Malaysia mencatatkan pertambahan 140 kes baharu, menjadikan rekod keseluruhan jangkitan COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 2,766 kes. Daripada jumlah itu, 537 kes direkodkan telah sembuh manakala 94 kes lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Malaysia juga mencatatkan jumlah kematian sebanyak 43 kes.

Hari ini bermulanya fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semoga orang ramai lebih patuh dan mengikuti arahan kerajaan supaya kita dapat memutuskan rangkaian wabak COVID-19. Dengan cara ini kita juga menyumbang kepada negara dan menyokong usaha kerajaan.

Sumber: Proton, Kumpulan Naza

Tags: COVID-19kumpulan nazaproton
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Proton sumbang 50 unit X70 kepada KKM, Naza serah RM 1.25 juta kepada tabung COVID-19

Proton sumbang 50 unit X70 kepada KKM, Naza serah RM 1.25 juta kepada tabung COVID-19

1 April 2020
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN