Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 9 Jun, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Huawei P40 Pro naik taraf kamera paling besar pernah diuji DxOMark

DxOmark merasa sangat kagum dengan kamera Huawei P40 Pro. Ini kerana kebiasaannya, ujian kamera mereka terhadap model baru telefon pintar, hanya naik 1 mata dari model terbaik sebelumnya. Tetapi dengan Huawei P40 Pro, ia bertambah 4 mata dari model terbaik sebelum ini.

Sebelum Huawei P40 Pro tiba, takhta pertama kamera terbaik di telefon pintar dikongsi bersama oleh Oppo Find X2 Pro dan Xiaomi Mi 10 Pro dengan 124 mata. Huawei P40 Pro kini merampas kedudukan tersebut dengan mencatat 128 mata.

Bukan itu sahaja, Huawei P40 Pro turut mengungguli takhta pertama kamera swafoto dengan 103 mata, diikuti Huawei Nova 6 5G di tangga kedua dengan 100 mata dan Samsung Galaxy Note 10+ yang menerima 99 mata.

Kamera belakang Huawei P40 Pro menyerlah dari peranti lain menerusi zum yang menghasilkan gambar tajam dan jelas di pelbagai jarak. Tangkapan waktu malam atau suasana malap juga jauh lebih baik dan ia menghasilkan simulasi bokeh dalam mod ptoret yang terbaik pernah dilihat DxOMark.

Prestasi video dinaik taraf menjadikannya peranti paling sesuai untuk merakam video. Sedikit kekurangan terdapat di lensa ultra lebar kerana sudut pandang yang lebih sempit. Dengan banyak kelebihan ini, menjadikan markahnya jauh meninggalkan peranti yang lain.

Swafoto di Huawei P40 Pro dipertingkat dengan gandingan dwi-kamera yang dibantu sensor IR untuk menjadikan autofokus dan bokeh yang lebih baik. Tangkapan gambar semakin jitu dan menawan tetapi rakaman video terutama sekali di suasana malap masih tidak memberangsangkan.

Laporan penuh ujian kamera Huwaei P40 Pro boleh dibaca di sini, manakala ujian kamera swafoto pula terdapat di sini.

Satu perkara yang perlu diambil perhatian, DxOMark menguji P40 Pro menggunakan firmware khas yang tidak terdapat pada peranti yang akan dijual. Fungsi AI kamera juga tidak dihidupkan semasa menguji. Ini mungkin memberi kesan berbeza kepada pengalaman pengguna yang membeli P40 Pro kelak. Firmware ini mungkin akan dimasukkan dalam kemaskini akan datang.

BACA  Civilization VI kini percuma di Epic Games, muat turun sementara ia masih ada

Sumber: DxOMark, DxOMark Selfie