Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 9 Jun, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Fasa 1 PKP tunjuk tanda awal kejayaan, fasa kedua lebih ketat untuk lokasi panas

Malaysia telah menunjukkan tanda-tanda awal kejayaan dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19 menerusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa pertama pada 18 hingga 31 Mac 2020.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, walaupun rekod jangkitan COVID-19 di negara ini menunjukkan peningkatan setiap hari, pelaksanaan PKP telah menunjukkan hasil yang baik dengan kadar jangkitan baharu yang mendatar.

Jelas Noor Hisham lagi, berdasarkan graf jangkitan COVID-19 oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), rekod jangkitan baru (garisan biru) pada 24 hingga 31 Mac menunjukkan peningkatan ketara pada peringkat awal. Namun, graf itu mula mendatar sejak 28 Mac 2020 dan menunjukkan penurunan pada 31 Mac 2020.

Peningkatan pada rekod jangkitan di Malaysia pula, merupakan hasil daripada inisiatif pihak kerajaan yang telah mempergiat langkah ujian saringan di negara ini.

Sementara itu, bagi fasa kedua PKP, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pemerhatian khusus buat kawasan yang mempunyai rekod jangkitan tinggi (hotspot). Selain penguatkuasaan PKP yang lebih ketat, KKM akan melakukan siasatan terhadap semua orang di kawasan yang terjejas, termasuk menjalankan ujian saringan dan merawat mereka.

Dalam pada itu, Noor Hisyam turut mengulas tentang keperluan untuk bazar Ramadan dan peluang pulang ke kampung pada hari raya tahun ini. Jelasnya, pihak KKM mengalu-alukan idea kreatif masyarakat misalnya jualan dalam talian (e-bazaar) atau bazar pandu lalu, sebagai alternatif yang boleh dipertimbangkan dan selamat untuk dilaksanakan sepanjang penularan wabak COVID-19 ini.

BACA  Kod QR MySejahtera ganti sistem bertulis untuk masuk ke premis perniagaan

Bagi keperluan untuk pulang ke kampung berhari raya, perkara berkenaan masih terlalu awal untuk dipertimbangkan. Ia bergantung kepada hasil pelaksanaan PKP fasa kedua yang berlangsung sehingga 14 April 2020.

Jika kita terus patuh dengan arahan kerajaan dan mengamalkan langkah pencegahan yang disarankan KKM, secara tidak langsung kita akan membantu mengawal penularan wabak COVID-19. Jika selepas fasa kedua PKP, wabak ini dapat di kawal, mungkin kita semua dapat pulang ke kampung berhari raya.

Sumber: Bernama