• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

i-Lestari: Tutorial Permohonan i-Akaun Melalui E-mel

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:42 pm
  • 02/04/2020
  • Komen
i-Lestari: Tutorial Permohonan i-Akaun Melalui E-mel
Share on FacebookShare on Twitter

Bukan semua orang cakna ataupun ada masa untuk gunakan kemudahan dalam talian KWSP yang dinamakan i-Akaun. Jadi, bila tiba masa seperti ini, golongan ini sukar untuk memohon i-Lestari kerana melalui saluran dalam talianlah ia paling mudah dilakukan.

Kebiasaannya, cara paling mudah untuk memohon i-Akaun adalah dengan mengunjungi pejabat KWSP berhampiran. Tapi dalam situasi ini, sesiapa yang masih tiada akaun tersebut, bolehlah berbuat demikian secara dalam talian.



Berikut adalah langkah-langkah permohonan i-Akain melalui e-mel.

1. Muat turun borang dan isikannya secara digital

  • Anda tak perlukan komputer ataupun pencetak untuk tujuan ini.
  • Pasang APP Adobe Acrobat Reader (Android, iOS)
  • Muat turun borang permonan menggunakan pautan ini. Jika pautan rasmi masih sesak, guna alternatif ini.
  • Buka borang gunakan APP Adobe Acrobat Reader dan mula mengisi.
  • Rename fail kepada iakaundaftar_Borang_<nama anda>

2. Sediakan salinan digital MyKad

  • Dalam keadaan cahaya cukup, ambil gambar kad pengenalan bahagian depan dan bahagian belakang.
  • Gunakan APP Snapseed (Android, iOS) untuk masukkan palang “Untuk kegunaan KWSP sahaja”. Caranya adalah dengan gunakan fungsi Text. Sebab lakukan proses ini agar dokumen tak disalah guna.
  • Rename fail kepada iakaundaftar_MyKad_<nama anda>

3. Ambil gambar swafoto anda memegang MyKad

  • Dalam keadaan cahaya cukup, ambil swafoto wajah anda sambal memegang MyKad.
  • Pastikan maklumat MyKad dan wajah anda jelas.
  • Rename fail kepada iakaundaftar_Swafoto_<nama anda>

4. Sediakan salinan digital akaun bank simpanan/semasa yang aktif

  • Dalam keadaan cahaya cukup, ambil gambar halaman maklumat akaun buku bank akaun semasa/simpanan.
  • Kalau anda gunakan perbankan online, ada fungsi untuk cetak penyata terbaru secara percuma daripada sana.
  • Gunakan APP Snapseed (Android, iOS) untuk masukkan palang “Untuk kegunaan KWSP sahaja”. Caranya adalah dengan gunakan fungsi Text. Sebab lakukan proses ini agar dokumen tak disalah guna.
  • Rename fail kepada iakaundaftar_Bank_<nama anda>

5. Sediakan salinan digital bukti pemilikan nombor telefon

  • Untuk pengguna pascabayar, anda boleh dapatkan bil digital di alamat e-mel anda ataupun kalau anda miliki bil fizikal.
  • Sekiranya anda ada bil fizikal, dalam keadaan cahaya cukup, ambil gambar halaman maklumat akaun telco anda.
  • Gunakan APP Snapseed (Android, iOS) untuk masukkan palang “Untuk kegunaan KWSP sahaja”. Caranya adalah dengan gunakan fungsi Text. Sebab lakukan proses ini agar dokumen tak disalah guna.
  • Untuk pengguna prabayar, langkah ini agak rumit sebab mereka tiada bil fizikal. Untuk tujuan itu, anda terpaksa hubungi telco masing-masing untuk bertanyakan hal tersebut.
  • name fail kepada iakaundaftar_Telefon_<nama anda>
Contoh maklumat yang diperlukan

6.      Hantar permohonan kepada KWSP

  • Periksa saiz fail 5 dokuman yang anda sediakan tadi supaya tak melebihi 3MB dan dalam salah satu format JPG/PNG/GIF dan PDF sahaja.
  • Hantar 5 dokumen yang telah anda sediakan di atas kepada [email protected].
  • Status permohonan akan diberitahu melalui e-mel [email protected].
  • [email protected] adalah satu-satunya saluran pendaftaran i-Akaun secara e-mel. Jangan layan apa-apa tawaran pihak ke-3.
Tags: i-lestarikwspPakej Rangsangan Ekonomi
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

i-Lestari: Tutorial Permohonan i-Akaun Melalui E-mel

i-Lestari: Tutorial Permohonan i-Akaun Melalui E-mel

2 April 2020
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

18 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN