Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 9 Jun, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Kerajaan bangunkan perisian untuk kesan penularan COVID-19 & sistem Online Appointment elak kesesakan di Klinik Kesihatan

Sebagai langkah untuk mempergiat usaha membendung wabak COVID-19, kerajaan Malaysia kini sedang membangunkan perisian yang boleh meramal, mencari dan mengesan kes COVID-19 dalam kalangan rakyat di negara ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, usaha ini melibatkan kerjasama antara pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Perisian ini akan membantu pihak berkuasa untuk mengesan perkembangan wabak dan melaksanakan tindakan segera terhadap penyebaran COVID-19 di lokasi tertentu terutamanya di kawasan panas.

Tambahnya lagi, pihaknya juga telah menerima kit ujian pantas COVID-19 dari Korea. Kit berkenaan sedang menjalani ujian pengesahan bagi memastikan ia berkesan untuk digunakan. Jika ia menunjukkan ketepatan yang tinggi kerajaan mungkin akan memesan 200,000 unit untuk kegunaan negara. Dengan kit ujian pantas COVID -19 ini, ujian pengesanan boleh dilakukan di 444 klinik dan hospital di seluruh negara tanpa perlu dihantar ke makmal.

Pelaksanaan sistem ‘Online Appointment’ dan ‘Webinar for COVID-19

Dalam majlis berasingan, Noor Hisham turut mewakili KKM, menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) berhubung pelaksanaan  sistem ‘Online Appointment’ dan saluran alternatif, ‘Webinar for COVID-19’. MOU berkenaan ditandatangani bersama empat syarikat perkhidmatan kesihatan dalam talian, Queuemed, EncoreMed, Bookdoc dan Doctoroncall. Ia merupakan inisiatif untuk mengurangkan kesesakan di di klinik-klinik kesihatan dan menyampaikan maklumat berkenaan COVID-19.

Menerusi sistem ‘Online Appointment’ ini, pesakit boleh memilih masa janji temu mereka untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan KKM. Slot masa untuk sistem ini adalah dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Manakala bagi Webinar for COVID-19, ia merupakan kolaborasi bersama Bookdoc yang membantu menyalurkan maklumat kesihatan terkini dan perkongsian seperti sesi soal jawab secara “web based”, bersama pakar kesihatan awam dan pegawai perubatan KKM. Kategori lain seperti dietetik turut menjadi antara topik yang dibincangkan. Webinar boleh ditonton dari pukul 2 hingga 2.30 petang, setiap hari Isnin hingga Jumaat menerusi webinar.bookdoc.com.

BACA  Hospital Sungai Buloh Jadi Pertama Di ASEAN Gunakan Remdesivir Untuk Rawat COVID-19

Sumber: Malay Mail, Bernama