Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Tak macam sesetengah artis, lelaki ini beradaptasi dengan situasi PKP tanpa banyak songeh

Daripada habiskan masa mengadu di media sosial, Wan Nazheen Jazan pendekatan yang berlainan dalam mendepani PKP yang memberi impak terhadap sumber pendapatannya. Kini, dia mengambil upah menjadi β€œpersonal shopper” kepada komuniti Shah Alam.

Miliki kerja hakiki sebagai penyambut tetamu di Hotel Concorde Shah Alam, menjadi jurubeli peribadi boleh kekalkan, sedikit sebanyak, lumrah kerja hakikinya. Dia masih boleh berinteraksi dengan orang ramai sepanjang PKP ini.

Dengan bayaran penghantaran RM5 hingga RM7, mengikut lokasi penghantaran, warga Shah Alam bolehlah kirimkan senarai barang runcit yang mereka perlukan dan tunggu Wan Nazheen hantarnya ke muka pintu

Apabila ditemu bual oleh pihak Malay Mail, dia mengatakan yang sebahagian besar pelanggannya adalah pasangan berkahwin dan ada juga golongan pelajar yang tidak miliki pengangkutan untuk pergi ke kedai.

Selain menggunakan khidmat jurubeli peribadi, Grab juga ada sediakan khidmat pembelian barangan runcit melalui servis Grabmart mereka. Namun, apabila diperiksa tahap kepelbagaian, saya dapati yang ia agak rendah, malah roti Gardenia pun tak ditawarkan.

Sumber: MalayMail

BACA  Carian lagu di Spotify lebih mudah dengan hanya taipkan lirik