Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Wifi Poket dengan liputan paling baik di Malaysia, tawar sehingga 30GB data percuma

Nama Roaming Man mungkin tidak asing bagi mereka yang perlukan internet apabila ke luar negara. Konsep penggunaannya yang mudah dengan harga berpatutan, sering membuatkannya menjadi pilihan pelancong ke luar negara.

Sebenarnya Roaming Man juga ada menyediakan Wifi Poket mereka untuk kegunaan di dalam Malaysia. Ia boleh disewa secara bulanan dengan pilihan antara satu dan tiga bulan dengan kuota tertentu. Apabila kuotanya habis, kelajuan pengguna akan disekat tetapi masih boleh menggunakan internet tanpa had.

Pelan internet Roaming Man boleh dilanggan dari serendah 30GB/bulan berharga RM65 untuk 1 bulan, atau RM170 untuk 3 bulan, sehinggalah kuota 90GB/bulan berharga RM160 untuk 1 bulan atau RM400 bagi 3 bulan.

Bagi menyokong Perintah Kawalan Pergerakan di mana orang ramai diminta tidak keluar rumah, Roaming Man kini menawarkan data tambahan percuma untuk langganan WiFi Poket mereka di dalam negara. Bagi pelan bulanan 30GB, akan menerima 10GB tambahan percuma. Pelan 60GB pula menerima 20GB tambahan percuma dan pelan 90GB menerima 30GB data percuma.

Roaming Man juga menawarkan kupon diskaun untuk melanggan WiFi Poket ini. Kupon ini boleh ditebus di sini.

Tawaran ini adalah untuk tempahan yang dibuat antara 1 hingga 14 April sahaja. Tidak perlu membayar wang deposit dan penghantaran ke rumah adalah percuma. Jika berminat, boleh membuat tempahan WiFi Poket Roaming Man di sini.

Satu kelebihan WiFi Poket ini ialah ia menggunakan SIM Awan, di mana SIM ini mempunyai akses ke talian Celcom, Digi dan Maxis. Setiap kali anda menghidupkan WiFi Poket ini, ia akan bersambung ke rangkaian paling kuat.

Jika anda merasa kelajuan menurun, anda boleh mematikan dan menghidupkannya semula agar ia bersambung ke rangkaian yang lebih kuat. Pendek kata, anda mempunyai tiga talian dalam WiFi Poket ini. Masalahnya, jika ketiga-tiga talian ini teruk di kawasan anda, maka ini tidak dapat membantu.

BACA  Perlawanan bolasepak Bundesliga kembali bersiaran secara langsung ke Astro

Jangan lupa untuk menyemak tawaran dan insiatif internet percuma dari syarikat telekomunikasi yang lain di sini. Terdapat juga banyak kandungan hiburan percuma untuk anda nikmati sepanjang tempoh PKP berkuatkuasa.

Sumber: Roaming Man