• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jahit sendiri 2,000 hingga 3,000 PPE, dua pereka bantu penuhi keperluan petugas hospital

  • OLEH Ghazali Alias
  • 6:41 pm
  • 06/04/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Dua pereka terkenal, Khoon Hooi dan Datuk Radzwan Radzwil, masing-masing mengambil inisiatif menjahit sendiri pakaian perlindungan diri (PPE) untuk kegunaan petugas hospital.

Usaha yang dilakukan secara sukarela itu, merupakan projek amal untuk membantu memenuhi keperluan PPE sedia ada yang tidak mencukupi. Malah, difahamkan Hospital Serdang dan Hospital Sungai Buloh sahaja memerlukan 400 helai PPE setiap hari. Ia juga dipakai buang bagi mengelak jangkitan terhadap petugas hospital.



Radzwan Radzwil berkata, pihaknya telah membeli tiga gulung fabrik non-woven (kira-kira 3,000 meter) untuk menghasilkan jubah luar, topi dan tudung. Beliau menyasarkan untuk menyiapkan 1,000 hingga 2,000 pasang PPE. Setakat ini lebih 200 pasang telah disiapkan menerusi penghasilan 50 pasang dari saiz S hingga XL sehari.

Jelasnya lagi, rekaan bagi PPE tidak sukar namun ia perlu dilakukan secara teliti agar kain tidak koyak. Fabrik non-woven sama seperti material PPE hospital. Ia bersifat kalis air. Buat masa ini tidak ada masalah untuk bekalan fabrik tetapi getah pakaian sahaja yang sukar untuk didapati.



Usaha yang sama turut dilakukan oleh Khoon, dia kini dalam usaha untuk menghasilkan kira-kira 3,000 PPE untuk kegunaan kakitangan hospital. Turut menghasilkan 50 pasang PPE sehari, Khoon memberitahu ia merupakan sumbangan kecil untuk membantu memenuhi keperluan yang kritikal dalam usaha negara melawan pandemik COVID-19.

Tambah Khoon lagi, perniagaan pereka fesyen turut terkesan ekoran penularan wabak COVID-19. Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebahagian besar negara dunia, kebanyakan stokisnya terutama di Asia Barat dan Paris, tidak dapat mengambil, membayar dan menjual stok pakaian. Buat masa ini, pihaknya menjalankan perniagaan secara dalam talian, untuk mengekalkan aliran tunai bagi tempoh enam bulan.

Sumber: Berita Harian, Malay Mail

Tags: COVID-19PPE
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

5 Ogos 2022
Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

9 Ogos 2022
China akan dilarang jual telefon murah di India

China akan dilarang jual telefon murah di India

9 Ogos 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
6 perkara yang anda patut tahu tentang siri Samsung Galaxy S22

Tidak mustahil lagi menangkap gambar malam di bandar dengan Samsung Galaxy S22 Nightography

29 Jun 2022
Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

5 Ogos 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER