Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Maxis perkukuh rangkaian di hospital, beri kad sim dan peranti untuk perangi COVID-19

Maxis mengambil bahagian dalam usaha memerangi penularan wabak COVID-19, dengan mengukuhkan lagi liputan prestasi rangkaian di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Gokhan Ogut berkata, Maxis menyediakan perkhidmatan jalur lebar tetap tanpa wayar dan jalur lebar tanpa wayar termasuk, memberikan kad SIM Hotlink Prepaid Flex dan peranti percuma untuk menyokong keperluan komunikasi tambahan di kedua-dua hospital berkenaan.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba, dalam kenyataan sama turut menghargai usaha pihak Maxis. Beliau turut menyatakan bahawa keperluan internet amat penting untuk memastikan usaha petugas barisan hadapan membendung wabak COVID-19 berjalan lancar.

Terdahulu, Maxis dan Hotlink turut melaksanakan pelbagai usaha untuk membantu kerajaan dalam memastikan rakyat Malaysia mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ia termasuk memberikan data internet dan akses percuma kepada 12 outlet berita yang menyalurkan perkembangan terkini COVID-19.

Bagi data internet percuma, 3GB diberikan pengguna pascabayar dan 20GB data percuma untuk pembelian pas Internet melalui HotlinkMU. Khas untuk pengguna prabayar, 30 peratus pulangan tunai diberikan untuk tambah nilai secara digital serta penebusan internet percuma di aplikasi Hotlink Red.

Maxis Tawar Data Percuma Agar Anda Kekal Cakna Dengan Berita COVID-19

Selain itu, bagi penebusan 1GB data percuma oyang diumumkan pihak kerajaan bermula 1 April 2020, pengguna Maxis dan Hotlink boleh menebusnya menerusi aplikasi berikut:

1GB Percuma PKP: Pengguna Maxis dan Hotlink perlu tebus data percuma setiap hari

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web Maxis.

Pelbagai pihak tampil memberi sokongan dan pada masa sama, kerajaan juga sedang berusaha keras untuk membendung penularan wabak COVID-19. Patuhilah arahan PKP, kerana tindakan itu juga merupakan sumbangan anda kepada negara.

BACA  Warganet berbalah pendapat tentang tarian dangdut Goyang Upin Ipin