Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 9 Jun, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Supermoon Tercerah 2020: Ini Adalah Cara Untuk Rakam Gunakan Telefon Anda

Anda boleh tanda kalendar pada 8 April 2020 ini kerana pada malam tersebut, anda berpeluang untuk saksikan bulan tercerah untuk tahun ini. Ia mungkin disebabkan kedudukan bulan purnama yang bakal tiba ini adalah yang paling hampir dengan bumi untuk tahun ini.

Jadual Jarak Bulan Daripada Bumi Tahun 2020

Sumber

Tapi jangan risau, bulan penuh akan sentiasa ada setiap bulan, cumanya bukan se-supermoon seperti malam ini.

Supermoon ini sama saja seperti bulan-bulan purnama yang lain, bezanya hanyalah ia dipercayai berada di kedudukan paling hampir (superhampir) dengan bumi dan ditambah pula dengan ilusi optik, bulan akan nampak lebih besar dari biasa.

Ada dua perkara penting yang perlu anda periksa sebelum keluar memburu supermoon dan ini adalah senarainya.

1. Kedudukan bulan

Biasanya kita gemar lihat fenomena matahari terbit, tapi kali ini kita perlu tahu juga fenomena bulan terbit. Terdapat pelbagai sumber anda boleh rujuk, antaramya adalah:

APP untuk telefon pintar juga berlambak. Gunakan saja kata kunci “moon finder” semasa mencari.

Jadual bulan terbit antara 6 hingga 12 April 2020

Ada tiga maklumat yang perlu anda tahu dan mereka ialah:

  • masa – kedudukan bulan pada ketika itu
  • darjah dongak – berapa ketinggian bulan dari ufuk
  • bearing – berapa jauh bulan berada dari mata angin utara

Untuk 8 April 2020, berikut adalah maklumat kedudukan bulan:

  • Masa terbit pada 7.44 malam
  • Bearing di 95 darjah Timur

Carta kedudukan bulan 8 April 2020

Kecualilah cuaca sangat berawan, anda sepatutnya tiada masalah untuk cari bulan kerana ia adalah objek paling cerah di langit malam.

BACA  Oppo Ace 2 terima sentuhan Evangelion sempena ulangtahun ke-25 anime itu

2. Persediaan Telefon

Tripod adalah perkara wajib dalam astrofotografi. Tak kiralah ia daripada jenis yang mahal ataupun murah, asalkan ia boleh memegang telefon untuk membasmi gegaran. Itulah kebaikkan telefon kerana ia ringan dan tak perlukan tripod superkukuh untuk dipegang.

Tak semestinya perlukan tripod mahal untuk telefon pintar (sumber)

Nak pacak tripod juga perlukan perancangan. Anda boleh cari tempat yang paling tinggi yang boleh anda akses untuk beroleh keputusan maksimum. Cuba cari bumbung-bumbung banggunan ataupun bukit berhampiran.

Kebanyakkan telefon ada mode Pro

Bahagian terakhir adalah tetapan telefon. Mode automatik ataupun mode manual kedua-duanya boleh dapatkan hasil yang baik.

Sekiranya anda gunakan mode automatik, anda perlu sentiasa menyentuh bulan di viewfinder untuk arahkan telefon memfokuskan bulan. Ada juga telefon yang akan mengunci fokus jika sentuh dan tahan.

Suaikan shutter speed untuk dapatkan exposure value kurang dari -1

Mode manual adalah yang paling fleksibel tapi perlukan latihan. Tiga benda yang perli diberi perhatian adalah:

  • ISO
  • Shutter Speed
  • Focusing

ISO yang paling rendah perlu digunakan untuk meminimumkan hingar pada gambar. Oleh sebab kita dah tetapkan ISO dan saiz aperutr di telefon pintar adalah malar, pemboleh ubah yang boleh kita main untuk suaikan dedahan adalah shutter speed.

Kalau telefon ada kemampuan mengezum, boleh gunakannya

Shutter speed bergantung pada kecerahan supermoon. Jika lebih cerah, kita perlu gunakan pengatup lebih pantas. Tipsnya adalah dengan melihat pada metering dan pastikan meter dedahan berada tak lebih daripada -1.

Bila semuanya telah dituruti, nikmati fenomena supermoon anda!

Gambar diambil menggunakan Huawei Mate 20 Pro (Amin Ashaari)

Kesimpulan

Supermoon adalah fenomena kedudukan bulan yang nyata lebih dekat berbanding bumi berbanding biasa. Hasilnya, anda akan nampak bulan sedikit besar dan ia adalah waktu yang amat sesuai untuk mengambil gambar menarik. Untuk merakam detik itu menggunakan telefon, terdapat beberapa kriteria yang perlu diambil kira. Yang pertama adalah kita perlu mengetahui kedudukan bulan untuk merancang di mana kita akan menghalakan lensa kamera.

BACA  BPN: Gagal rayuan kali pertama, boleh kemukakan rayuan kedua sehingga 31 Mei

Kemudian penggunaan tripod amatlah disarankan bagi menghidari gambar menjadi kabur akibat gegaran. Mode automatik dan manual, kedua-duanya boleh digunakan untuk menangkap gambar. Akan tetapi, mode manual berikan lebih banyak kefleksibelan untuk bermain dengan pencahayaan. Matlamat akhir yang ingin dicapai adalah exposure tidak melebihi -1. Memang sengaja kita underexposed-kan gambar kerana gambar yang overexposed sukar disunting.