Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 9 Jun, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

TM perkenalkan EWAR, mampu kesan suhu 15 orang pada satu masa

TM memperkenalkan penyelesaian untuk mengesan suhu di khalayak ramai, menggunakan Ear Warning Alert & Response (EWAR).

TM memberitahu, alat yang dihasilkan oleh cabang inovasi, TM Research & Development (TM R&D) itu, berupaya mengukur dan mengesan individu dengan suhu badan tidak normal di tempat tumpuan ramai dengan pemantauan secara masa nyata. Ia dilengkapi dengan dwi kamera (haba dan optik), yang berupaya untuk mengesan suhu tidak normal 15 individu setiap saat.

EWAR yang dibangunkan sejak pertengahan Febuari 2020, dihasilkan menerusi platform pembangunan perisian terbuka pertama Malaysia, Platform Inovasi Terbuka TM R&D. Platform ini menyediakan prasarana digital dan eko-sistem lengkap dengan sistem pembrokeran data (data brokerage system), infrastruktur pengumpulan paparan pengaturcaraan aplikasi (Application Programming Interface – API), dan platform Internet Kebendaan (IoT).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, TM R&D, Dr. Sharlene Thiagarajah, dengan keupayaan IoT daripada inovasi platform terbuka (OIP), ia membolehkan penjejakan kontak dicapai kerana data dan maklumat yang dikesan daripada individu yang mengalami demam suhu tinggi dapat disalurkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Jelasnya lagi, suhu badan yang tinggi merupakan antara simptom awal kepada jangkitan virus seperti SARS, Ebola dan terkini COVID-19. Pengesanan awal suhu dalam kelompok dapat membantu pencegahan awal penularan wabak di kawasan dengan khalayak ramai.

EWAR boleh dipasang dengan mudah di lokasi yang mempunyai trafik pengunjung seperti pejabat, kompleks membeli-belah, hab pengangkutan, universiti, sekolah, pusat pelancongan, lapangan terbang, pusat imigresen dan hospital.

Untuk maklumat lanjut tentang EWAR, boleh terus ke laman web TM R&D atau berhubung menerusi e-mel.

Dalam tempoh penularan COVID-19 ini, EWAR boleh menjadi alat yang sangat membantu untuk pengesanan suhu secara kelompok. Jika wabak ini sudah reda pun, ia bermanfaat untuk memantau masyarakat dan pengunjung sebagai langkah mengelak gelombang virus daripada berulang.

BACA  Rosli Man letak jawatan pengerusi TM, diganti oleh Tan Sri Mohd Bakke

Sumber: TM R&D