Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

TWS Samsung Galaxy Buds Generasi Seterusnya Mungkin Tiada Eartip Getah

Earfon jenis True Wireless Stereo (TWS) daripada Samsung dikenali sebagai Samsung Galaxy Buds. Setakat ini, mereka ada dua model dalam penawaran mereka iaitu Galaxy Buds dan Galaxy Buds+.

Samsung Galaxy Buds+ dan Buds miliki paras fizikal yang sama

Tapi, untuk Buds generasi seterusnya, Samsung dilapor akan laukan overhaul terhadap rekaan Galaxy Buds. Nama rasminya tidak dekathui buat masa ini, tapi ramai merujuknya sebagai Galaxy Buds 2 dan ia miliki kod nama “beans” dalam kalangan jurutera pembangunnya di Samsung.

Ia mungkin ada kaitan dengan rupa paras seperti kacang jika rujuk pada imej render yang dikongsikan di Internet.Selain rupa, dimensi 3D render jua menunjukkan yang ia jauh lebih kompak berbanding sebelumnya.

Yang kita masih belum ada adalah rupa bekas penyimpanan yang akan hadir bersama-samanya.

Walau apapun rekaannya, ia mestilah sekurang-kurangnya sama baik berbanding yang ada sekarang. Untuk rujukan. Galaxy Buds+ yang ditawarkan mereka sekarang miliki spesifikasi seperti berikut:

  • Dimensi 17.5 x 22.5 x 19.2 mm
  • Berat 6.3g
  • Keterambungan Bluetooth 5.0 dengan codec Scalable, ACC, dan SBC.
  • Bateri 85mAh
  • Hayat bateri 11 jam + 11 jam (bekas penyimpan)
  • Akselerometer, IR, Hall, dan sentuhan.
  • Pengecasan wayarles dan USB-C
  • Harga: RM599

Sumber: WinFuture

BACA  Hotlink lancar pelan tanpa had internet dan panggilan dari RM35 sebulan