Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Cara Untuk Padamkan Akaun Zoom Secara Total

Zoom tak semena-mena menjadi popular apabila sebahagian besar penduduk dunia kini bekerja daripada rumah dan perlukan satu aplikasi yang bolehkan mereka bersidang video sesama rakan sekerja. Walau bagaimanapun, masalah mula timbul apabila Zoom dikesan miliki tahap keselamatan yang rendah.

Awalnya, penggunaan SDK Facebook sebagai salah satu cara untuk melog masuk telah dikesan mengalirkan data pengguna kepada pihak ketiga. Kemudian, penggodam temui kerentanan lain yang bolehkan mereka menyertai sidang video secara rawak dan fenomena “zoombomb” telah timbul.

Terbaharu, salinan sidang video yang pengguna lakukan di Zoom boleh diakses mudahnya dengan lakukan carian tertentu di enjin carian. Malahan, pengasas Zoom sendiri menyedari masalah ini dan hanya mampu meminta maaf.

Menurut pengasasnya, mereka tidak menyangka Zoom akan meletup seperti ini dan mereka bergerak terlalu cepat dan sekarang mereka sedaya upaya menampal segala kecacatan Zoom.

Tetapi sebelum Zoom betul-betul selamat, untuk anda yang ingin angkat kaki daripada platform itu secara total, ini adalah cara untuk padamkan akaun anda daripada pelayan Zoom.

Cara Untuk Padamkan Akaun Zoom Secara Total

1. Pergi ke laman rasmi Zoom dan Sign In ke akaun anda.

2. Di halaman Profile, tekan Account Management, kemudian Account Profile.

3. Cari pautan Terminate My Account.

4. Sahkan proses pemadaman akaun.

Selesai proses memadamkan akaun. Anda boleh wujudkan akaun semula pada bila-bila masa yang anda rasakan Zoom sudah cukup selamat untuk kegunaan anda.

BACA  Isu PM tak pakai gelang pink, ini penjelasan Pejabat Perdana Menteri