• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Penganjuran Marathon Standard Chartered Kuala Lumpur (KLSCM 2020) dibatalkan

  • OLEH Najib
  • 2:54 pm
  • 07/04/2020
  • Komen
Penganjuran Marathon Standard Chartered Kuala Lumpur (KLSCM 2020) dibatalkan
Share on FacebookShare on Twitter

Penganjur acara Marathon Standard Chartered Kuala Lumpur (KLSCM), Dirigo Events hari ini mengumumkan pembatalan KLSCM 2020. Ia berikutan penularan wabak COVID-19 yang masih belum menurun, di mana acara ini dijadualkan pada 13 dan 14 Jun 2020.

Yuran penyertaan sebanyak RM65 bagi dewasa buat masa ini tidak akan dipulangkan. Sebaliknya Dirigo memaklumkan, ia akan dibawa ke tahun 2021. Perancangannya, KLSCM 2021 akan diadakan sekitar minggu kedua Jun 2021, bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa.



“Ini bukanlah keputusan yang mudah dibuat kerana kami memahami masa dan persediaan yang telah dibuat untuk menjayakan acara ini oleh semua pihak adalah sangat besar. Terima kasih kami ucapkan kepada semua pelari, sukarelawan dan peminat atas sokongan dan timbang rasa anda pada masa ini.”

Semua acara sampingan marathon ini, termasuk klinik larian telah dibatalkan. Manakala inisiatif Run For A Reason (RFAR) akan dihentikan selepas 14 Mei 2020.

Walaupun acara ini akan diadakan pada bulan Jun, pembatalannya sangat dialu-alukan memandangkan wabak COVID-19 masih tidak diketahui bila akan berhenti menular. Ketua Pengarah Kesihatan sendiri telah memberi amaran, selepas Perintah Kawalan Pergerakan tamat, orang ramai dinasihatkan untuk tidak menganjurkan sebarang acara yang mengumpulkan ramai orang dalam masa 6 bulan ke 1 tahun selepasnya.



Sumber: KL-Marathon, SCKLM

Tags: COVID-19Perintah Kawalan Pergerakan
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Penganjuran Marathon Standard Chartered Kuala Lumpur (KLSCM 2020) dibatalkan

Penganjuran Marathon Standard Chartered Kuala Lumpur (KLSCM 2020) dibatalkan

7 April 2020
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN