Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Sony sumbang USD 100 juta untuk petugas barisan hadapan, pendidikan dan industri seni

Sony menerusi Sony Global Relief Fund for COVID-19, telah meyumbang sebanyak USD 100 juta untuk membantu usaha melawan penularan wabak koronavirus dan golongan yang memerlukan di seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif, Sony Corporation, Kenichiro Yoshida berkata, sumbangan itu bertujuan untuk membantu usaha dalam tiga bidang iaitu:

Petugas-petugas barisan hadapan

Untuk sokongan petugas barisan hadapan, dana sebanyak USD 10 juta akan diberikan untuk membantu usaha rawatan, perubatan dan memerangi penularan wabak COVID-19 . Dana ini akan disumbangkan kepada Tabung Respons Solidariti COVID-19 untuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang dikendalikan oleh Yayasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Turut menerima bantuan dana ialah Yayasan Filantropi Switzerland, Médecins Sans Frontières (MSF), Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF) dan Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNCHR).

Kanak-kanak dan pendidik

Dalam bidang pendidikan dan kanak-kanak, Sony akan memanfaatkan teknologi miliknya dengan kerjasama golongan pendidik, untuk memastikan pembelajaran dapat diteruskan dalam keadaan sekolah dan institusi pendidikan terpaksa ditutup berikutan pandemik COVID-19.

Penggiat industri seni, hiburan dan kreatif

Industri hiburan seperti muzik, layar perak dan kaca, permainan video serta animasi turut mendapat perhatian pihak Sony. Bersama syarikat-syarikat kumpulan yang terlibat dalam industri hiburan, Sony akan mencari jalan untuk membantu penggiat seni yang terjejas.

Sony turut membuka ruang buat 110,000 pekerjanya di seluruh dunia, untuk memberikan sumbangan menerusi program Matching Gift. Ia merupakan saluran untuk kakitangannya memberi sokongan dalam memerangi wabak COVID-19.

BACA  SKMM hentikan perkhidmatan APP Gerak Malaysia pada 31 Julai 2020

Di sebalik krisis yang melanda dunia, banyak syarikat besar yang menghulurkan sokongan dan bantuan. Kali ini, bantuan Sony turut prihatin nasib penggiat seni hiburan. Harapnya, ada bantuan bentuk wang tunailah untuk ringankan beban mereka.

Sumber: Sony
Sumber gambar: Nikkei Asian Review