• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lebih 1,700 laman baru Zoom dikesan, taktik terbaru penjenayah siber perdaya orang ramai

  • OLEH Najib
  • 1:13 pm
  • 08/04/2020
  • Komen
Lebih 1,700 laman baru Zoom dikesan, taktik terbaru penjenayah siber perdaya orang ramai

A student takes class online while using the Zoom app at her home as Egypt shut down schools as the spread of the coronavirus disease (COVID-19) continues, in Cairo, Egypt April 5, 2020. REUTERS/Amr Abdallah Dalsh

Share on FacebookShare on Twitter

Dengan meningkatnya populariti aplikasi Zoom untuk persidangan video, ia kini menjadi tumpuan penjenayah siber untuk menipu orang ramai. Antaranya melalui laman web palsu yang kelihatan sangat mirip dengan laman asli.

Sebuah firma keselamatan siber, Check Point menyatakan dalam penemuan mereka, lebih dari 1,700 laman web baru Zoom telah didaftarkan sejak bermulanya pandemik COVID-19. Hampir 25% darinya didaftarkan pada minggu terakhir bulan Mac.



Pengurus Kajian Siber Check Point, Omar Dembinsky berkata, peningkatan mendadak ini menujukkan penjenayah siber melihat peluang untuk memanipulasi orang ramai menerusi laman web palsu Zoom, atau menghantar fail hasad yang kelihatan serupa dengan aplikasi Zoom, seterusnya menipu mereka untuk memuat turun malware.

Check Point juga menemui, Zoom bukan sahaja platform yang menjadi sasaran penjenayah siber, malah terdapat laman web palsu yang cuba bersembunyi seperti rupa Google Classroom untuk menipu pelajar.



Dembinsky menambah, Zoom sendiri memiliki banyak kerentanan dan isu keselamatan, walaupun syarikat penghasilnya telah berusaha untuk memperbaikinya. Nasihat beliau, sentiasa mengemaskini aplikasi Zoom untuk mengelakkan masalah lama berulang.

Perkara ini turut dipersetujui oleh Sophos, satu lagi firma keselamatan siber. Penasihat kanan keselamatan Sophos, John Shier berkata, penjenayah siber sentiasa mempergunakan isu semasa untuk menipu orang ramai. Rasa takut dan risau pada masa yang tidak menentu ini, mudah membuat fokus orang ramai terganggu. Ia adalah tapak terbaik bagi penjenayah siber mengambil peluang untuk memperdaya.

Nasihat John, orang ramai perlu berhati-hati dan menyelidik dengan teliti semua emel dan laman web, untuk memastikan diri mereka tidak terjerat di dalam perangkap penjenayah siber.

Jika anda mahu memastikan akaun Zoom anda ditutup dan semua data peribadi dibuang, ikut langkah-langkahnya di bawah ini.

Cara Untuk Padamkan Akaun Zoom Secara Total

Sumber: The Star

Tags: COVID-19zoom
Najib

Najib

POPULAR

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Lebih 1,700 laman baru Zoom dikesan, taktik terbaru penjenayah siber perdaya orang ramai

Lebih 1,700 laman baru Zoom dikesan, taktik terbaru penjenayah siber perdaya orang ramai

8 April 2020
Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

15 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER