• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Imbas kod QR dengan TNG eWallet untuk menyumbang kepada golongan memerlukan

  • OLEH Ghazali Alias
  • 4:52 pm
  • 08/04/2020
  • Komen
Imbas kod QR dengan TNG eWallet untuk menyumbang kepada golongan memerlukan
Share on FacebookShare on Twitter

Touch ‘n Go (TNG) menerusi aplikasi eWallet, membuka ruang buat orang ramai untuk menderma kepada badan bukan kerajaan (NGO), menerusi transaksi imbasan kod QR sepanjang tempoh Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Ignatius Ong, ia bertujuan bagi mengumpul dana untuk menyokong usaha pihak NGO, membantu golongan yang terjejas akibat PKP termasuk gelandangan, kurang upaya dan mereka berpendapatan rendah. Antara NGO terlibat adalah, Kechara Soup Kitchen, Yayasan Buddha Tzu Chi dan Yayasan Generasi Gemilang.



Dengan lebih 10 juta pengguna, usaha ini merupakan langkah jangka masa panjang dan bukan sekadar untuk tempoh penularan wabak COVID-19 sahaja. Pihak TNG juga berharap agar pihak-pihak NGO turut tampil untuk menjalin kerjasama dan membantu lebih ramai golongan yang memerlukan.

Sumbangan boleh dilakukan dengan cara berikut:



  • Mengimbas kod QR yang terdapat di laman Facebook TNG

    Atau
  • Tangkap layar atau simpan kod QR di dalam telefon
  • Buka aplikasi TNG eWallet
  • Tekan “Scan” dan pilih “Scan From Gallery”
  • Pilih gambar kod QR
  • Selepas berjaya diimbas, masukkan jumlah derma yang ingin disumbangkan.

Sementara itu, Pengasas #zerofoodwastage, Kechara Soup Kitchen, Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah memberitahu, kaedah menderma secara dalam talian dapat membantu menyuntik dana yang boleh digunakan untuk mengembangkan lagi usaha pihak NGO dan mencapai lebih ramai lagi golongan yang memerlukan bantuan.

Pada tahun 2018, TNG turut melancarkan kaedah menderma yang sama menerusi pelancaran JOM INFAK di masjid. Melalui kempen itu, orang ramai boleh bersedekah dengan mengimbas kod QR yapng berada di sekitar masjid.

Menerusi kaedah menderma dengan imbasan kod QR, kita boleh menghulurkan sumbangan meskipun ketika berada di rumah dalam tempoh PKP. Sikit atau banyak tidak mengapa, yang penting ikhlas.

Sumber: The Edge Markets

Tags: Touch n GoTouch n Go eWallet
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Imbas kod QR dengan TNG eWallet untuk menyumbang kepada golongan memerlukan

Imbas kod QR dengan TNG eWallet untuk menyumbang kepada golongan memerlukan

8 April 2020
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER