Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Prihatin PKS: Majikan boleh mohon subsidi upah mulai 9 April di atas talian

Pada 6 April lepas, kerajaan telah mengumumkan Pakej Prihatin Tambahan (PPT), khusus buat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Syarikat yang memiliki pekerja warganegara Malaysia sehingga 200 orang, layak menerima subsidi upah untuk setiap pekerja selama 3 bulan.

Hari ini, panduan untuk memohon subsidi ini telah dikeluarkan di laman web Kementerian Sumber Manusia. Menurut lampiran soalan lazim (FAQ) di laman tersebut, permohonan boleh dibuat bermula 9 April 2020 di laman web web Prihatin PKS.

Tarikh tutup permohonan subsidi upah ini adalah pada 15 September 2020, bagaimanapun ia tertakluk kepada baki dana yang masih ada atau mengikut keputusan yang akan diambil kerajaan kelak. Permohonan majikan yang lulus, akan menerima subsidi upah ini ke dalam akaun majikan dalam masa 7 ke 14 hari bekerja.

Majikan akan mengetahui kelulusan permohonan menerusi emel dan senarai majikan yang berjaya dalam permohonan ini akan turut disenaraikan di laman web SOCSO.

Antara syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk permohonan diluluskan ialah, syarikat atau majikan telah mendaftar dengan SSM dan beroperasi sebelum 1 Januari 2020. Pekerja serta majikan mestilah mencarum dengan PERKESO dan pekerja yang boleh disenaraikan dalam permohonan ini haruslah bergaji bulanan kurang dari RM4,000. Majikan juga harus mengekalkan pekerja mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan, iaitu 3 bulan semasa menerima subsidi dan 3 bulan selepas itu.

Dalam PPT ini, kerajaan memberi subsidi upah kepada majikan sehingga RM1,200 untuk setiap orang pekerja di dalam syarikat. Terdapat tiga kategori subsidi upah yang diberikan, mengikut jumlah pekerja dalam syarikat. Syarikat dengan 75 pekerja dan ke bawah akan menerima RM1,200 sebulan setiap pekerja, manakala untuk 76 hingga 200 orang pekerja akan menerima RM800. Untuk syarikat yang memilikilebih 200 orang pekerja, boleh menerima RM600 sebulan setiap pekerja tetapi terhad untuk 200 orang pekerja sahaja.

BACA  TNB akan pasang 1.5 juta Smart Meter untuk pengguna Melaka & Lembah Klang sebelum 2021

Buat masa ini, laman web Prihatin PKS sedang diselenggara dan akan mula beroperasi pada 9 April 2020. Semoga laman ini dinaik taraf secukupnya agar ia mampu menguruskan lambakan trafik yang akan tiba bermula 9 April. Kegagalan laman web BPN untuk berfungsi dengan baik pada minggu lepas harus menjadi pengajaran agar ia tidak berulang kali ini.

Sumber: The Star