Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Bazar Ramadhan dibatal seluruh negara, Selangor dan KL perkenal e-bazar bersama Grab

Grab menjalin kerjasama dengan kerajaan negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, bagi memberi peluang kepada peniaga untuk melakukan jualan secara dalam talian menerusi e-Bazar Ramadan.

Inisiatif ini bertujuan bagi membantu usahawan mikro, yang kemungkinan tidak dapat membuka kedai secara fizikal sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan.

Ketua Negara Grab Malaysia, Sean Goh berkata, dengan kerjasama ini, peniaga akan dapat meneruskan penjualan secara digital. Pihak Grab juga akan menyediakan perkhidmatan bagi memudahkan urusan jual beli dan penghantraan menerusi GrabPay, GrabFood dan GrabExpress.

Pihaknya turut aktif melakukan perbincangan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam usaha untuk memperluas usaha pendigitalan peniaga Bazar Ramadan selain di Selangor dan Kuala Lumpur.

Peniaga yang mahu mendapatkan khidmat Grab dan PBT yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan e-Bazar Ramadan boleh ke laman ini.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari turut berkongsi di Twitter, berhubung insiatif e-Bazar Ramadan Selangor-Grab menerusi Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Fasa Kedua. Pelaksanaan e-Bazar Ramadan di Selangor bakal melibatkan 15 dapur berpusat yang bakal menjadi lokasi pembuatan makanan. Turut dimaklumkan, bahawa pembelian makanan juga hanya secara dalam talian di aplikasi Grab.

Selain inisiatif e-Bazar Ramadan, Grab turut bekerjasama dengan rakan restorannya untuk mengaturkan menu kegemaran yang sinonim di bulan puasa seperti ayam percik, murtabak dan roti john supaya boleh didapati apabila Ramadan bermula.

Grab juga mengalu-alukan penjual di laman sosial dan usahawan mikro berpangkalan di rumah di seluruh Malaysia, menggunakan rangkaian rakan pengantarnya untuk membantu mereka memberi perkhidmatan lebih cekap kepada pelanggan.

Terdahulu, dalam usaha untuk menggalakkan peniaga menguasai ekonomi digital, Grab juga telah melancarkan kempen ‘local heroes’, bagi membantu mempromosi restoran persendirian dan penjaja kecil melalui pelbagai saluran digital.

BACA  Tebus RM50 ePenjana, semua yang anda perlu tahu

Kerajaan Malaysia juga sebelum ini telah mengumumkan, penganjuran semua bazar Ramadan tidak akan dibenarkan selagi PKP berlangsung. Pendirian itu diputuskan kerajaan, bagi memastikan kes jangkitan COVID-19 berupaya dikawal sepenuhnya.

Dalam keadaan kes COVID-19 yang semakin bertambah, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan,. Inisiatif bazar Ramadan dalam talian ini bagus namun, diharap pelaksanaannya juga lancar. Pelanggan juga jangan dah hampir waktu berbuka baru nak buat tempahan makanan.

Sumber: Grab, Berita Harian