• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Office 365 akan dikenali sebagai Microsoft 365, kekal harga langganan

  • OLEH Najib
  • 4:53 pm
  • 09/04/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah sekian lama menggunakan jenama Office 365, Microsoft kini membuat keputusan untuk menukar namanya kepada Microsoft 365. Ia masih lagi membawakan asas Office 365 dan digabungkan dengan kuasa Kecerdasan Buatan (AI) serta perkhidmatan di awan.

Bersama ini, Microsoft turut mengumumkan set aplikasi dan perkhidmatan percuma. Aplikasi tersebut ialah Office, Word, Excel, PowerPoint, Skype, Outlook, OneNote, dan OneDrive yang boleh digunakan di pelayar, Windows, macOS, iOS dan Android. Aplikasi ini boleh digunakan rentas platform dengan antaramuka yang tidak berbeza.



Sehingga kini, lebih 38 juta pengguna telah melanggan Office 365 yang menawarkan aplikasi desktop, storan awan OneDrive sebanyak 1TB dan 60 minit panggilan Skype. Dengan evolusi baru ini, Office 365 akan dikenali sebagai Microsoft 365 bermula 21 April 2020.

Beberapa fungsi baru akan diterapkan ke dalam Microsoft 365. Salah satu darinya ialah Microsoft Family Safety. Ia akan boleh digunakan pelanggan Microsoft 365 di peranti Android dan iOS. Aplikasi ini boleh memantau situasi ahli keluarga seperti masa penggunaan PC, telefon dan konsol Xbox, juga mengetahui lokasi anak-anak.



Langganan Microsoft 365 akan ditawarkan dalam pakej yang sama seperti sebelumnya, dengan harga yang sama. Office 365 Home yang boleh digunakan sehingga 6 pengguna akan ditukar nama kepada Microsoft 365 Family, dengan langganan berharga RM359/tahun. Manakala Office 365 Personal akan menjadi Microsoft 365 Personal, berharga RM269/tahun.

Semua pengguna Office 365 akan beralih ke Microsoft 365 secara percuma pada 21 April. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran Microsoft 365, layari di sini.

Sumber: Microsoft

Tags: MicrosoftMicrosoft 365
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Office 365 akan dikenali sebagai Microsoft 365, kekal harga langganan

9 April 2020
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER