• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKP sambung atau tamat akan diumum 4 petang ini

  • OLEH Najib
  • 12:54 pm
  • 10/04/2020
  • Komen
PKP sambung atau tamat akan diumum 4 petang ini
Share on FacebookShare on Twitter

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia telah dikuatkuasakan pada fasa pertama dari 18 hingga 31 Mac 2020. Ia kemudiannya dilanjutkan ke fasa kedua, dari 1 hingga 14 April 2020. Sama ada ia akan diteruskan ke fasa ketiga atau tidak, akan diketahui pada petang ini.

Kerajaan Malaysia akan mengumumkan keputusan untuk menghentikan atau melanjutkan lagi PKP di Malaysia menerusi pengumuman pada pukul 4 petang ini. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bersiaran di media rasmi kerajaan petang ini untuk mengumumkan perkara tersebut.



Perutusan Khas YAB Perdana Menteri.#dudukrumah #StayAtHome pic.twitter.com/1Dp3kQicWv

— Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) April 10, 2020

PKP telah dikuatkuasakan bagi membendung penularan wabak COVID-19. Wabak ini masih belum ditemui ubatnya dan ia mudah merebak sesama manusia dalam jarak yang dekat. Kerana itu, kerajaan terpaksa mengambil tindakan memaksa rakyat tidak keluar dan duduk di rumah bagi mengelakkan ia terus menjangkiti manusia.

Sehingga petang semalam, Malaysia telah mencatat 4,228 kes positif COVID-19 dengan jumlah kematian sebanyak 67 orang. Bagaimanapun, kes baharu semalam menunjukkan tanda positif dengan kes positif telah menurun ke 109 orang dan 121 orang telah sembuh. Kes sembuh lebih tinggi dari positif dalam hari yang sama adalah satu petanda yang baik.



Secara kasar, berbaki 5 hari lagi masih sukar untuk mengurangkan penularan COVID-19 tanpa terus memaksa rakyat duduk di rumah. Kemungkinan besar, PKP akan dilanjutkan ke fasa ketiga hingga hujung bulan ini. Jika kita mahu PKP ditamatkan, rakyat Malaysia harus berganding bahu melawan penyebaran wabak ini dengan menjarakkan diri dari orang lain, sentiasa menjaga kebersihan diri dan tidak keluar rumah.

Kita mesti menang!

Sumber: Muhyiddin Yassin

Tags: COVID-19muhyiddin yassinPerintah Kawalan Pergerakan
Najib

Najib

POPULAR

PKP sambung atau tamat akan diumum 4 petang ini

PKP sambung atau tamat akan diumum 4 petang ini

10 April 2020
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN