• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Maxis beri dongle 4G LTE dahulu untuk pendaftaran Maxis Home Fibre sekarang

  • OLEH Najib
  • 1:39 pm
  • 13/04/2020
  • Komen
Maxis beri dongle 4G LTE dahulu untuk pendaftaran Maxis Home Fibre sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa, sebarang pemasangan jalur lebar fiber di rumah adalah tidak dibenarkan. Memandangkan PKP dilanjutkan ke fasa ketiga hingga 28 April, jika anda memerlukan internet tanpa had di rumah, anda boleh melanggan pelan Maxis Fibre Home sekarang.

Maxis kini menyediakan pek Pra-Pemasangan Internet bagi mereka yang mahu melanggan pelan Maxis Fibre Home sekarang. Pek ini akan memberikan pengguna router, dongle bersama kad SIM 4G LTE dengan akses internet tanpa had. Dengan ini, pengguna boleh menikmati internet tanpa had di rumah bersama WiFi, untuk sambungan internet lebih dari satu peranti.



Kelajuan internet menggunakan dongle dan kad sim 4G LTE ini bergantung kepada kualiti liputan talian mudah alih Maxis di kawasan anda.

Menurut soalan lazim (FAQ), pek Pra-Pemasangan Internet Maxis ini diberikan kepada pelanggan yang mendaftar pelan Maxis Fibre Home dari 13 April dan seterusnya, sehingga pemasangan fiber selesai di premis mereka. Bagaimanapun, ia terhad selama 2 bulan sahaja.



Selepas pemasangan Fiber dibuat di premis, pelanggan perlulah memulangkan dongle dan kad SIM 4G LTE kepada Maxis. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pengguna dikenakan denda sebanyak RM200.

Maxis menyediakan pelan Fibre Home dari serendah RM89/bulan berkelajuan 30Mbps, sehinggalah pelan RM299/bulan dengan kelajuan 800Mbps. Setiap pendaftaran pelan ini datang bersama kontrak selama 24-bulan.

Maxis turut menawarkan tambahan bersama pelan ini, seperti Apple TV 4K 64GB sebanyak RM39/bulan atau sepasang Mesh Wifi dengan bayaran RM25/bulan. Mesh WiFi diberikan percuma untuk pelan 500Mbps (RM219/bulan) dan pelan 800Mbps (RM299/bulan).

Jika anda pengguna pelan mudahalih MaxisONE, anda boleh menggabungkannya bersama pelan Maxis Fibre Home melalui MaxisONE Prime. Pelan ini memberikan internet tanpa had untuk kegunaan di rumah, serta di talian mudah alih anda.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran ini, layari laman web Maxis Fibre. Semak juga ruangan soalan lazim (FAQ) bagi terma dan syarat.

Tags: maxisMaxis Home Fibre
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Maxis beri dongle 4G LTE dahulu untuk pendaftaran Maxis Home Fibre sekarang

Maxis beri dongle 4G LTE dahulu untuk pendaftaran Maxis Home Fibre sekarang

13 April 2020
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN