• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Makcik Kiah akan sertai barisan hadapan HCTM tidak lama lagi

  • OLEH Najib
  • 10:41 am
  • 13/04/2020
  • Komen
Makcik Kiah akan sertai barisan hadapan HCTM tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan DF Automation and Robotics Sdn Bhd (DF), telah bekerjasama membangunkan sebuah prototaip robot yang dipanggil sebagai ROBOT Makcik Kiah 19 (MCK19). Ia adalah sebuah Robot Penghantaran Pertama Buatan Malaysia.

Nama jolokannya MCK19, diambil dari singkatan Key Innovations Assisting Healthcare (Kiah). Ia juga diinspirasikan daripada ucapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini.



Robot MCK19 ini akan digunakan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), bagi mengurangkan pendedahan petugas kesihatan ketika memeriksa dan merawat pesakit COVID-19. Sebagai permulaan, robot ini dirancang untuk menggantikan petugas ketika mengedarkan sajian makanan bagi pesakit kategori 1 dan 2 yang menjalani kuarantin.

Prof Datuk Dr Mohd Hamdi

Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Hamdi Abd Shukor berkata, pihaknya menyambut baik kolaborasi dengan UTM dan DF berkenaan. Projek robotik ini turut mendapat sokongan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSIT), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).



Difahamkan, percubaan klinikal terhadap keupayaan robot MCK19 akan dilakukan dalam tempoh yang terdekat.

Sumber: Harian Metro

Tags: COVID-19HCTMMCK19UKM
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Makcik Kiah akan sertai barisan hadapan HCTM tidak lama lagi

Makcik Kiah akan sertai barisan hadapan HCTM tidak lama lagi

13 April 2020
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN