Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Trafik internet antarabangsa telah pulih lebih awal, guna laluan alternatif

Beberapa hari lepas, TM mengumumkan terdapat gangguan melayari internet di Malaysia, akibat kerosakan kabel dasar laut APCN2. Kabel ini menghubungkan internet di Malaysia ke Hong Kong dan Amerika Syarikat dan ia menjejaskan trafik internet ke laman web antarabangsa.

Kini TM memaklumkan bahawa mereka telah berjaya mengalihkan dan mengoptimumkan sepenuhnya trafik internet antarabangsa melalui laluan sambungan alternatif. Penyelesaian proses baikpulih ini adalah jauh lebih awal daripada yang disasarkan iaitu pada 20 April 2020.

Laluan kabel dasar laut APCN2

TM menyatakan, “Penyelarasan (fine tuning) rangkaian masih diteruskan dan kami akan terus memantau prestasi rangkaian kami bersama-sama rakan konsortium di negara-negara lain. Kami ingin menyatakan sekali lagi bahawa impak kepada para pelanggan adalah minimum berikutan langkah proaktif mengalihkan trafik ke laluan alternatif dan langkah-langkah lain yang diambil, sambil kerja-kerja baikpulih oleh rakan konsortium sedang dilakukan. Kami ingin memaklumkan bahawa sambungan data ke lokasi dan pelayan yang dihoskan di Hong Kong dan Amerika Syarikat telah dioptimumkan sepenuhnya untuk dinikmati oleh semua.”

“Kami ingin memohon maaf atas sebarang kesulitan dan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kerana memahami dan atas kesabaran sepanjang tempoh tersebut. Dalam pada itu, pasukan sokongan kami sentiasa bersedia, dan seperti biasa, para pelanggan boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau bantuan menerusi pelbagai saluran khidmat pelanggan kami. Kami akan terus memantau perkembangan situasi terkini dan menyesuaikan perkhidmatan-perkhidmatan kami bagi membantu para pelanggan, pada bila-bila masa yang diperlukan.” jelas TM lagi.

BACA  Digi akan meluaskan liputan jalur lebar tetap menggunakan rangkaian TM HSBB