• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Viewqwest gandakan kelajuan jalur lebar sehingga 5x sempena PKP

  • OLEH Najib
  • 11:06 am
  • 14/04/2020
  • Komen
Viewqwest gandakan kelajuan jalur lebar sehingga 5x sempena PKP
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi menyokong Perintah Kawalan Pergerakan, data percuma diberikan oleh kebanyakan syarikat telekomunikasi. Tetapi kebanyakannya hanya untuk talian mudah alih, kurang kedengaran inisiatif untuk talian tetap memandangkan pengguna telah sedia menerima data tanpa had.

Salah satu penyedia perkhidmatan internet jalur lebar tetap, Viewqwest mengambil peluang ini dengan memberikan kelajuan dipertingkat untuk pelanggannya, bagi masa terhad.



Dari 6 April hingga 8 Mei 2020, pelanggan Viewqwest boleh menikmati kelajuan digandakan bagi pelan 100Mbps dan 500Mbps. Untuk pelanggan 100Mbps, kelajuan mereka digandakan ke 500Mbps, manakala pelanggan 500Mbps, menikmati kelajuan 1Gbps.

Tetapi tawaran kelajuan digandakan hanya terhad di 6 lokasi di Lembah Klang dan 5 lokasi selatan tanahair sahaja. Senarai lokasinya adalah seperti berikut:



Menurut Viewqwest, tawaran ini diberikan kepada lokasi terhad akibat kekangan teknikal. Boleh dilihat, ia sebenarnya meliputi kawasan yang menggunakan rangkaian fiber Viewqwest sendiri, tidak terdapat di kawasan yang menggunakan rangkaian TM HSBB. Tetapi usah risau, Viewqwest menyatakan pengguna di kawasan lain akan menerima hadiah percuma tidak lama lagi.

Cuma, untuk pengguna 1Gbps kelihatan tidak menerima sebarang naik taraf kelajuan. Kelajuan dinaik taraf ini diberikan secara automatik, jadi pengguna tidak perlu berbuat apa. Kelajuan akan kembali ke asal selepas 8 Mei 2020.

Jika mahukan kelajuan lebih pantas, pengguna Viewqwest turut boleh menaik taraf pelan mereka ke kelajuan lebih tinggi. Menurut soalan lazim (FAQ), pengguna yang mahu menaik taraf pelan mereka, tidak akan diperbaharui atau dipanjangkan kontrak mereka, melainkan mereka mahukan router baharu.

Ketahui lebih lanjut tentang tawaran ini di laman web Viewqwest Speed Boost.

Tags: Perintah Kawalan PergerakanViewQwest
Najib

Najib

POPULAR

Viewqwest gandakan kelajuan jalur lebar sehingga 5x sempena PKP

Viewqwest gandakan kelajuan jalur lebar sehingga 5x sempena PKP

14 April 2020
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN