• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Profile Netflix kini boleh dikunci dengan nombor pin dan banyak fungsi baharu lain

  • OLEH Najib
  • 6:55 pm
  • 14/04/2020
  • Komen
Netflix Malaysia turunkan kualiti penstriman untuk kurangkan beban rangkaian
Share on FacebookShare on Twitter

Satu akaun Netflix dilengkapi dengan 5 profile. Ini kerana Netflix membenarkan akaun pengguna dikongsi bersama terutama sekali di kalzngan keluarga. Netflix memiliki banyak kandungan filem dan drama, dari kanak-kanak hinggalah ke dewasa.

Bagi memastikan ibubapa boleh memantau tontonan anak-anak dengan lebih berkesan di Netflix, mereka kini memperkenalkan beberapa fungsi baharu.



1. Kunci PIN

Setiap profile di dalam akaun Netflix kini boleh dikunci menggunakan nombor pin untuk mengelakkan pengguna lain seperti anak-anak, dari memasukinya. Ini kerana akaun sebegini tiada sebarang sekatan dan tapisan.

2. Menapis mengikut rating umur

Setiap kandungan di dalam Netflix memiliki tahap rating umur yang sesuai mengikut negara. Ibu bapa boleh mengehadkan tontonan anak-anak dengan menetapkan had rating yang bersesuaian dengan umur anak-anak.



3. Menapis tajuk

Netflix kini menambah fungsi tapisan tajuk di Profile agar anak-anak tidak tersilap menonton kandungan yang tidak sesuai untuk mereka. Ibu bapa boleh memilih sendiri tajuk filem atau siri tersebut untuk ditapis agar tidak muncul dalam carian.

4. Semakan mudah tetapan profile

Melalui hub Profile and Parental Controls di dalam tetapan akaun, ibu bapa boleh menyemak kesemua tetapan yang telah dihadkan buat profile anak mereka. Kesemua tetapan tersebut boleh dilihat dan diubah di dalam hub ini.

5. Mematikan Autoplay

Pengguna kini boleh memilih untuk memainkan kandungan seterusnya secara automatik atau tidak. Terdapat dua jenis autoplay, pertama untuk terus memainkan kandungan seterusnya manakala kedua, memainkan trailer sahaja. Jika anda jenis yang mahu menonton tanpa henti, menghidupkan autoplay adalah pilihan terbaik.

Dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan sehingga 28 April, sudah pasti banyak masa diluangkan di rumah bersama keluarga. Fungsi baharu yang ditambah Netflix ini pasti dapat membantu ibubapa memantau kandungan yang ditonton anak-anak dengan lbih berkesan.

Sumber: Netflix

Tags: Netflix
Najib

Najib

POPULAR

Netflix Malaysia turunkan kualiti penstriman untuk kurangkan beban rangkaian

Profile Netflix kini boleh dikunci dengan nombor pin dan banyak fungsi baharu lain

14 April 2020
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER