• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Aplikasi perbankan palsu kaut hampir RM 300,000 dari enam mangsa

  • OLEH Ghazali Alias
  • 12:11 pm
  • 15/04/2020
  • Komen
PDRM Beri Amaran Tentang Panggilan Telefon Berunsur Penipuan
Share on FacebookShare on Twitter

Enam indvidu kerugian wang simpanan dengan jumlah keseluruhan hampir RM300,000, selepas mereka diperdaya dengan satu sindiket penipuan yang meminta mereka memuat turun satu aplikasi dalam talian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berkata, aktiviti ini dikenalpasti pihak polis selepas menerima laporan daripada setiap mangsa sejak 7 hingga 11 April 2020, yang ditipu dengan modus operandi yang sama.



Jelasnya, kesemua mangsa berusia 24 hingga 59 tahun. Empat daripadanya dari Kuala Lumpur, selebihnya masing-masing dari Pulau Pinang dan Sarawak. Jumlah kerugian membabitkan nilai RM295,350.

Sindiket ini memperdaya mangsa dengan modus operandi berikut:



  • Membuat panggilan secara rawak dengan memperkenalkan diri mereka sebagai pihak berkuasa termasuk polis
  •  Selepas menjawab panggilan itu, mangsa akan diberikan satu pautan (www.negarabank.com.my/nbm.apk) kononnya dari Bank Negara menerusi aplikasi mesej, Whatsapp
  • Mangsa diarahkan untuk memuat turun aplikasi menerusi pautan berkenaan, kemudian diminta memasukkan maklumat peribadi dan perbankan
  • Selepas sindiket mendapat maklumat mangsa, mereka akan mengakses akaun perbankan mangsa dan membuat pindahan wang ke akaun pihak ketiga.
  • Bagi melengkapkan pindahan itu, sindiket akan minta Kod Pengesahan Transaksi (TAC) daripada mangsa.

Selepas maklumat TAC diserahkan, sindiket ini akan memindahkan wang simpanan mangsa ke akaun pihak ketiga. Mangsa kemudian akan di arahkan supaya membatalkan maklumat yang diisi menerusi aplikasi berkenaan, sebelum menyedari bahawa wang mereka sudah lesap.

Mohd Zakaria menasihatkan, supaya orang ramai berhati-hati dengan panggilan individu yang tidak dikenali atau mencurigakan, dan tidak berkongsi maklumat peribadi serta perbankan dengan mereka.

Jika terdapat sebarang keraguan, orang ramai boleh menghubungi hotline JSJK di 013-2111222 (WhatsApp sahaja).

Sementara itu, Bank Muamalat menerusi Muamalat Fraud Programme turut berkongsi mesej kesedaran di laman Twitter supaya orang ramai jangan berkongsi nombor TAC kepada orang lain.

Muamalat Fraud Programme – Jangan Kongsi Nombor TAC

Muamalat Fraud Programme – Keterangan dari mangsa penipuan (Jangan Kongsi Nombor TAC) * Ini merupakan lakonan semula berdasarkan kisah benar yang terjadi #FraudAwareness #MyBankMuamalat pic.twitter.com/eBL92vHxQ8

— Bank Muamalat (@MyBankMuamalat) March 2, 2020

Jangan mudah terpedaya dengan sindiket dalam talian. Pastikan kesahihan pihak pemanggil atau lihat nombor yang menelefon anda. Jika ia meragukan, sila berhubung dengan JSJK.

Sumber: Malay Mail

Tags: SCAM
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

PDRM Beri Amaran Tentang Panggilan Telefon Berunsur Penipuan

Aplikasi perbankan palsu kaut hampir RM 300,000 dari enam mangsa

15 April 2020
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

10 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN